Untuk mengambil pesanan membeli pasangan mata wang EUR/USD, anda perlu:
Ujian semula harga pada tahap 1.1207 akan mendorong mata wang euro untuk menembusi dan diniagakan lebih rendah lagi, oleh yang demikian, adalah disyorkan kepada para pedagang mengambil pesanan membeli setelah pasangan mata wang mengemaskini tahap minimum mingguan sekitar 1.1185 atau semasa lantunan semula harga dari tahap sokongan yang lebih besar 1.1149. Tugas utama aliran menaik adalah kembali berdagang dan mengukuh i atas tahap rintangan 1.1227, yang hanya boleh terjadi jika terdapat laporan positif Jerman dari IFO Institute. Dalam senario ini, kita boleh mengharapkan kemaskini tahap tinggi mingguan sekitar 1.1247 dan 1.1262, di mana saya mencadangkan kepada para pedagang untuk menetapkan pesanan Take Profit (TP).
Untuk mengambil pesanan menjual pasangan mata wang EUR/USD, anda perlu:
Aliran menurun perlu kembali berdagang ke tahap sokongan 1.1207, yang akan meningkatkan tekanan ke atas mata wang euro dan menolak gelombang penurunan ke tahap rendah lain dengan kemas kini tahap rendah 1.1185 dan 1.1149, di mana saya mencadangkan kepada para pedagang untuk menetapkan pesanan Take Profit (TP). Untuk senario pertumbuhan euro pada separuh pertama hari ini, laporan negatif dari Jerman akan membolehkan pembentukan penembusan palsu di kawasan rintangan 1.1227, yang juga akan menjadi isyarat kepada para pedagang untuk mengambil pesanan menjual pasangan mata wang EUR/USD. Dalam senario yang berbeza, adalah lebih baik untuk mengambil pesanan menjual semasa lantunan semula harga apabila harga kembali diniagakan ke tahap tertinggi 1.1247 dan 1.1262.
Isyarat Indikator:
Moving Averages
Pasangan mata wang EUR/USD ini diniagakan di bawah Moving Averages (MA) 30 dan 50, yang menunjukkan pemeliharaan sifat penurunan harga pasaran.
Bollinger Bands
Sekiranya berlaku penurunan harga pada mata wang euro, sokongan akan diberikan oleh sempadan lebih rendah indikator Bollinger Bands sekitar tahap 1.1207, penembusan harga pada tahap ini akan menyebabkan penjualan kuat EUR/USD. Kenaikkan ini akan dihadkan oleh had lebih tinggi indikator pada tahap 1.1235.
Huraian Indikator:
- MA (moving average) 50 days - Kuning
- MA (moving average) 30 days - Hijau
- MACD: fast EMA 12, slow EMA 26, SMA 9
- Bollinger Bands 20
