logo

FX.co ★ GBP/USD: Pelan Perdagangan Sesi Eropah untuk 25 April. Tekanan pada pound mungkin menurun secara beransur-ansur

GBP/USD: Pelan Perdagangan Sesi Eropah untuk 25 April. Tekanan pada pound mungkin menurun secara beransur-ansur

Untuk mengambil pesanan membeli pasangan mata wang GBP/USD, anda perlu:

Pembeli akan cuba mengekalkan tahap sokongan 1.2896 pada separuh pertama hari ini, dan pembentukan perbezaan (divergence) pada indikator MACD akan menjadi isyarat tambahan untuk mengambil pesanan membeli. Sasaran utama untuk aliran menaik akan dicapai dan pengukuhan harga di atas tahap rintangan 1.2928, yang akan membawa kepada pembetulan ke tahap tinggi 1.2961 dan 1.2985, di mana saya mencadangkan kepada para pedagang untuk menetapkan pesanan Take Profit (TP). Melihat kepada laporan ekonomi penting hari ini pada Pound yang tidak dijangka, aliran menurun diramalkan akan dilanjutkan. Dalam senario ini, adalah lebih baik untuk mengambil pesanan membeli selepas pasangan mata wang EUR/USD mengemas kini tahap rendah 1.2855 dan 1.2812.

Untuk mengambil pesanan menjual pasangan mata wang GBP/USD, anda perlu:

Semasa pasangan mata wang EUR/USD ini diniagakan di bawah tahap 1.2928, tekanan pada Pound akan kekal. Tugas utama aliran menurun adalah untuk menguji kawasan 1.2896, penembusan harga seharusnya mendorong kepada gelombang jualan GBP/USD baru dengan penembusan harga ke tahap minimum 1.2855, di mana saya mencadangkan kepada para pedagang untuk menetapkan pesanan Take Profit (TP). Jika pasangan mata wang ini kembali berdagang ke tahap rintangan 1.2928, adalah lebih baik untuk mempertimbangkan kedudukan mengambil pesanan menjual selepas pembetulan harga ke tahap maksimum 1.2961 atau lantunan semula harga dari tahap utama 1.2985.

Isyarat Indikator:

Moving Averages

Pasangan mata wang EUR/USD ini berdagang di bawah Moving Averages (MA) 30 dan 50 sederhana, yang menunjukkan pemeliharaan pasaran menurun.

Bollinger Bands

Sokongan akan disediakan oleh sempadan lebih rendah indikator Bollinger Bands pada tahap 1.2885, penembusan harga pada tahap ini akan membawa kepada penjualan baru pound. Untuk senario kenaikkan harga, had lebih tinggi pada tahap 1.2961 akan menjadi tahap yang sangat baik untuk mengambil pesanan menjual.

GBP/USD: Pelan Perdagangan Sesi Eropah untuk 25 April. Tekanan pada pound mungkin menurun secara beransur-ansur

Huraian Indikator

  • MA (moving average) 50 days - Kuning
  • MA (moving average) 30 days - Hijau
  • MACD: fast EMA 12, slow EMA 26, SMA 9
  • Bollinger Bands 20
*Analisis pasaran yang dipaparkan di sini hanya bertujuan untuk meningkatkan kesedaran anda, tetapi bukan sebagai petunjuk untuk anda melakukan perdagangan
Pergi ke senarai artikel Pergi ke artikel pengarang ini Buka akaun dagangan