Untuk mengambil pesanan membeli pasangan mata wang GBP/USD, anda perlu:
Tekanan pada pound melemah tetapi ia boleh kembali pada bila-bila masa. Untuk mengelakkan ini dari berlaku, pembeli perlu mengukuh di atas tahap rintangan 1.2917, yang membentuk pembetulan menaik baru ke sempadan lebih tinggi saluran mendatar 1.2960, di mana saya mencadangkan kepada para oedagang untuk menetapkan keuntungan. Juga, anda boleh bergantung pada pesanan membeli untuk pound selepas kemas kini tahap rendah kedua minggu ini pada 1.2867, tetapi di bawah keadaan ini, pasangan mata wang GBP/USD telah membuat penembusan harga palsu selepas laporan mengenai ekonomi Amerika Syariakt dikeluarkan pada waktu petang. Dalam senario yang berbeza, adalah disyorkan kepada para pedagang untuk mengambil pesanan membeli pasangan mata wang GBP/USD semasa lantunan semula harga dari tahap 1.2812.
Untuk mengambil pesanan menjual pasangan mata wang GBP/USD, anda perlu:
Walaupun pasangan mata wang ini akan diniagakan di bawah julat 1.2917, tekanan ke atas mata wang Pound kekal. Tugas utama aliran menurun adalah membuat penembusan harga palsu pada tahap ini, yang akan menjadi isyarat untuk megambil pesanan menjual, dan ujian semula harga berulang pada minggu ini pada tahap minimum 1.2867 semestinya akan mendorong kepada gelombang jualan baru pasangan mata wang GBP/USD dengan menembusi ke tahap 1.2812, di mana saya mencadangkan kepada para pedagang untuk menetapkan pesanan Take Profit (TP). Untuk senario penarikan semula harga ke tahap rintangan 1.2917, adalah lebih baik untuk mempertimbangkan pesanan menjual selepas harga membuat pembetulan ke tahap maksimum 1.2960.
Isyarat Indikator:
Moving Averages
Pasangan mata wang GBP/USD ini diniagakan dalam wilayah Moving Averages (MA) 30 dan 50, yang menunjukkan kemungkinan pembentukan saluran mendatar.
Bollinger Bands
Sokongan akan ditetapkan oleh sempadan lebih rendah indikator Bollinger Bands pada tahap 1.2870, penembusan harga pada tahap ini akan mendorong kepada penjualan baru pound.
Huraian Indikator:
- MA (moving average) 50 days - Kuning
- MA (moving average) 30 days - Hijau
- MACD: fast EMA 12, slow EMA 26, SMA 9
- Bollinger Bands 20
