Untuk mengambil pesanan membeli pasangan mata wang EURUSD, anda perlu:
Semalam, pembeli berjaya melunaskan tugas untuk mengukuh di atas tahap 1.1174, yang saya perhatikan dalam tinjauan saya. Pada masa ini, sasaran adalah pada tahap rintangan 1.1203, tetapi semuanya bergantung kepada laporan zon eropah yang dijadualkan akan dikeluarkan pada hari ini, waktu pagi. Penembusan dan pengukuhan harga di atas tahap 1.1203 akan menjadi isyarat jelas untuk mengambil pesanan membeli euro untuk mengemas kini tahap tinggi 1.1233 dan 1.1262, di mana saya mencadangkan kepada para pedagang untuk menetapkan pesanan Take Profit (TP). Sekiranya pasangan mata wang EUR/USD kembali berdagang di bawah tahap rintangan 1.1174, bertindak balas terhadap laporan fundamental yang lemah, adalah lebih baik untuk mengambil pesanan membeli baru selepas ia mengemas kini tahap rendah1.1144 atau untuk melantun dari tahap 1.1115.
Untuk mengambil pesanan menjual pasangan mata wang EURUSD, anda perlu:
Kegagalan pasangan mata wang EUR/USD untuk mengukuh pada tahap 1.1203, ditambah dengan laporan statistik yang lemah, akan menjadi isyarat langsung untuk mengambil pesanan menjual euro untuk menurun dan mengukuh di bawah saluran pertengahan 1.1174, penembusan harga pada tahap ini akan menolak pasangan mata wang EUR/USD ke kawasan sokongan 1.1144, di mana saya mencadangkan kepada para pedagang untuk menetapkan pesanan Take Profit (TP). Dengan pertumbuhan euro di atas tahap rintangan 1.1203 pada separuh pertama hari ini, adalah lebih baik untuk mengambil pesanan menjual semasa lantunan harga dari tahap tinggi 1.1233.
Isyarat Indikator:
Moving averages
Pasangan mata wang ini berdagang di atas Moving Averages (MA) 30 dan 50, yang menunjukkan pemeliharaan pembetulan menaik pada akhir bulan.
Bollinger band
Had lebih tinggi indikator pada tahap 1.1203 mengehadkan potensi kenaikkan harga euro. Sekiranya berlaku penurunan, had lebih rendah indikator pada tahap 1.1160 dapat memberikan sokongan sementara, penembusan harga pada tahap ini yang akan membawa kepada penjualan yang lebih besar.
Huraian Indikator
- MA (moving average) 50 days - Kuning
- MA (moving average) 30 days - Hijau
- MACD: fast EMA 12, slow EMA 26, SMA 9
- Bollinger Bands 20
