logo

FX.co ★ Analisis Teknikal Pasangan Mata Wang GBP/USD pada 6 Julai, 2021

Analisis Teknikal Pasangan Mata Wang GBP/USD pada 6 Julai, 2021

Gambaran Teknikal Pasaran:

Pasangan mata wang GBP/USD telah mencapai Anjakan Semula Fibonacci 61% dari gelombang menurun akhir yang terletak pada tahap 1.3897. Sasaran seterusnya untuk kenaikan harga dilihat pada tahap 1.3936 dan 1.3965. Momentumnya kuat dan positif walaupun keadaan pasaran memasuki tahap terlebih belian (overbought). Meskipun ia telah membuat lantunan harga pada baru-baru ini, trend keseluruhan masih menurun dan hanya penembusan harga yang berterusan di atas zon bekalan yang terletak di antara tahap 1.3965 - 1.4000 yang akan mengubah prospek dagangan dari penurunan kepada kenaikan harga.

Pivot Points (PP) Mingguan:

WR3 - 1.4135

WR2 - 1.4030

WR1 - 1.3924

Pivot Mingguan - 1.3820

WS1 - 1.3722

WS2 - 1.3615

WS3 - 1.3519

Cadangan Perdagangan:

Carta mingguan masih menunjukkan, bahawa trend menaik masih kuat, namun, penurunan harga sangat hampir untuk memulakan pembetulan yang sebenar. Penembusan harga yang berterusan dari tahap 1.3518 akan mencetuskan pergerakan menurun yang lebih besar berbanding penarikan semula yang biasa. Apabila kitaran pembetulan ditamatkan, trend kenaikan harga mungkin akan dilanjutkan menuju ke sasaran jangka panjang seterusnya yang terletak pada tahap 1.4222 (tahap tinggi dari 24.02.2021).

Analisis Teknikal Pasangan Mata Wang GBP/USD pada 6 Julai, 2021

*Analisis pasaran yang dipaparkan di sini hanya bertujuan untuk meningkatkan kesedaran anda, tetapi bukan sebagai petunjuk untuk anda melakukan perdagangan
Pergi ke senarai artikel Pergi ke artikel pengarang ini Buka akaun dagangan