Untuk mengambil pesanan membeli pasangan mata wang GBP/USD, anda perlu:
Kekurangan berita mengenai Brexit telah menjadi faktor kepada penurunan mata wang Pound Britain, tetapi adalah terlalu awal untuk membicarakan perubahan arah aliran menaik mulai April tahun ini. Pembeli kini dikehendaki kembali ke tahap rintangan 1.3987, di mana harga diramalkan akan menembusi had atas saluran yang dibangunkan dan memberikan dorongan untuk pasangan mata wang GBP/USD membuat penembusan baru sehingga ke tahap tinggi 1.3130 dan 1.3167, di mana saya mencadangkan kepada para pedagang untuk menetapkan pesanan Take Profit (TP). Untuk senario penurunan harga, sokongan perantaraan akan terletak pada tahap 1.3050, walau bagaimanapun, saya mencadangkan anda untuk mengambil pesanan membeli Pound dengan serta-merta semasa lantunan semula harga hanya selepas harga menguji tahap rendah 1.3016, sekaligus mengesahkan perbezaan (divergence) pada indikator MACD.
Untuk mengambil pesanan menjual pasangan mata wang GBP/USD, anda perlu:
Hari ini, aliran menurun akan memberi tumpuan kepada pembentukan penembusan harga palsu di kawasan rintangan 1.3087, di mana sempadan yang lebih rendah pada saluran baru telah dibangunkan. Tugas utama penjual akan menjadi penembusan dan penarikan harga di bawah tahap sokongan 1.3050, yang akan mendorong pasangan mata wang GBP/USD untuk berdagang ke tahap rendah 1.3016 dan 1.2983, di mana saya mencadangkan kepada para pedagang untuk menetapkan pesanan Take Profit (TP). Walau bagaimanapun, apabila harga berjaya menembusi tahap sokongan 1.3050 dengan jualan, anda perlu berhati-hati, kerana perbezaan (divergence) yang berlainan pada indikator MACD berpotensi untuk melambatkan impulsif menurun. Untuk senario kenaikkan harga di atas tahap 1.3087, anda boleh mengambil pesanan menjual selepas mengemas kini tahap tinggi 1.3130, tetapi yang terbaik adalah menunggu sehingga harga menguji tahap 1.3167 dan mengambil pesanan menjual dari tahap tersebut semasa lantunan harga.
Isyarat Indikator:
Moving averages
Pasangan mata wang GBP/USD ini diniagakan dalam wilayah Moving Averages (MA) 30 dan 50, yang menunjukkan ketidaktentuan mengenai arah pergerakkan mata wang Pound Britain.
Bollinger band
Untuk penurunan harga, sokongan akan diberikan oleh had lebih rendah indikator berhampiran tahap 1.3050. Penembusan harga pada sempadan lebih tinggi sekitar tahap 1.3087 akan menjadi isyarat untuk mengambil pesanan membeli semasa lanjutan aliran menaik.
Huraian Indikator
- MA (moving average) 50 days - Kuning
- MA (moving average) 30 days - Hijau
- MACD: fast EMA 12, slow EMA 26, SMA 9
- Bollinger Bands 20
