logo

FX.co ★ EUR/USD: Pelan Perdagangan Sesi Eropah untuk 24 Mei, 2019. Pembeli euro berusaha untuk kembali ke pasaran,namun masalah dengan tahap 1.1187 kekal

EUR/USD: Pelan Perdagangan Sesi Eropah untuk 24 Mei, 2019. Pembeli euro berusaha untuk kembali ke pasaran,namun masalah dengan tahap 1.1187 kekal

Untuk mengambil pesanan membeli pasangan mata wang EEURUSD, anda perlu:

Pada masa ini, sasaran pembeli euro adalah tahap rintangan ketara yang terletak pada tahap 1.1187, penembusan harga pada tahap ini akan membolehkan anda mengira lanjutan pembetulan menaik dengan kemaskini tahap tinggi 1.1206 dan 1.1237, di mana saya mencadangkan kepada para pedagang untuk menetapkan pesanan Take Profit (TP). Untuk senario penurunan harga, adalah lebih baik untuk mengambil pesanan membeli pada penembusan harga palsu dari sokongan 1.1166 atau untuk melantun dari tahap rendah 1.1143. Ekoran kekurangan laporan statistik penting pada hari ini, pilihan raya Parlimen Eropah diramalkan akan menyokong euro pada akhir minggu ini.

Untuk mengambil pesanan menjual pasangan mata wang EEURUSD, anda perlu:

Penembusan harga palsu dan penarikan semula di bawah tahap rintangan utama 1.1187 akan menjadi isyarat untuk mengambil pesanan menjual euro, dan penarikan semula di bawah tahap sokongan 1.1166 boleh membawa kepada penurunan harga yang lebih besar dengan ujian rendah pada tahap 1.1143, di mana saya mencadangkan kepada para pedagang untuk menetapkan pesanan Take Profit (TP). Untuk senario pertumbuhan di atas tahap 1.1187, anda boleh menjual selepas pasangan mata wang ini mengemaskini tahap rintangan 1.1206 atau untuk melantun semula dari tahap tinggi 1.1237.

Isyarat Indikator:

Moving Averages

Pasangan mata wang ini berdagang di atas Moving Averages (MA) 30 dan 50, tetapi sekarang masih belum masanya untuk bercakap tentang pembentukan pergerakan menaik yang besar.

Bollinger band

Sekiranya euro meningkat pada separuh pertama hari ini, aliran menaik mungkin dihadkan oleh had atas indikator pada tahap 1.1206, manakala had yang lebih rendah pada tahap 1.1135 akan menyokong euro semasa penurunan harga.

EUR/USD: Pelan Perdagangan Sesi Eropah untuk 24 Mei, 2019. Pembeli euro berusaha untuk kembali ke pasaran,namun masalah dengan tahap 1.1187 kekal

Huraian Indikator

  • MA (moving average) 50 days - kuning
  • MA (moving average) 30 days - hijau
  • MACD: fast EMA 12, slow EMA 26, SMA 9
  • Bollinger Bands 20
*Analisis pasaran yang dipaparkan di sini hanya bertujuan untuk meningkatkan kesedaran anda, tetapi bukan sebagai petunjuk untuk anda melakukan perdagangan
Pergi ke senarai artikel Pergi ke artikel pengarang ini Buka akaun dagangan