Untuk mengambil pesanan membeli pasangan mata wang GBP/USD, anda perlu:
Tekanan ke atas mata wang pound kekal, tetapi pembeli mempunyai tahap sokongan yang baik pada 1.2570, yang diuji, dengan pengesahan perbezaan pada indikator MACD, yang sedang dibentuk, akan menjadi isyarat pertama untuk mengambil pesanan membeli yang dianggarkan pada penarikan semula dan pengukuhan harga di atas tahap rintangan 1.1609. Untuk senario penurunan yang lebih besar, mengikut trend di bawah tahap sokongan 1.2570, adalah lebih baik untuk mengharapkan pembeli kembali ke pasaran dari tahap rendah 1.2544.
Untuk mengambil pesanan menjual pasangan mata wang GBP/USD, anda perlu:
Pembentukan penembusan harga palsu pada tahap rintangan 1.2609 separuh pertama hari akan menjadi isyarat yang baik untuk mengambil pesanan menjual dengan harapan bahawa harga akan mengemaskini tahap sokongan 1.2570. Pergerakan harga di bawah tahap ini akan dibatasi oleh perbezaan pada indikator MACD, di mana adalah lebih baik untuk menambah pesanan menjual selepas harga mengukuh di bawah julat ini, bergantung pada ujian harga tahap rendah 1.2544 dan 1.2500, di mana saya mencadangkan kepada para pedagang untuk menetapkan pesanan Take Profit. Untuk senario kenaikkan harga di atas tahap rintangan 1.2609, pesanan menjual boleh di ambil ketika lantunan semula harga dari tahap 1.2649.
Isyarat Indikator:
Moving averages
Pasangan mata wang ini diniagakan di bawah Moving Averages (MA) 30 dan 50, yang menunjukkan penurunan selanjutnya pada mata wang pound.
Bollinger band
Sekiranya pound berdagang dalam aliran menurun, sokongan akan diberikan oleh had lebih rendah indikator pada tahap 1.2570, sementara pertumbuhan akan dihadkan oleh had lebih tinggi pada tahap 1.2630.

Huraian Indikator:
- MA (moving average) 50 days - Kuning
- MA (moving average) 30 days - Hijau
- MACD: fast EMA 12, slow EMA 26, SMA 9
- Bollinger Bands 20
