logo

FX.co ★ Analisis Teknikal Pasangan Mata Wang EUR/USD pada 30 Ogos, 2021

Analisis Teknikal Pasangan Mata Wang EUR/USD pada 30 Ogos, 2021

Gambaran Teknikal Pasaran

Pasangan mata wang EUR/USD telah mencapai rintangan teknikal jangka pendek utama yang terletak pada tahap 1.1804 dan membentuk graf lilin Pin Bar di puncak rali. Keadaan pasaran masih terlebih belian (overbought), tetapi momentumnya kuat dan positif, oleh yang demikian, prospek dagangan bagi pasangan mata wang ini kekal menaik. Sasaran seterusnya untuk aliran menaik dilihat pada tahap 1.1830 dan 1.1850. Sementara sokongan teknikal segera dilihat berada pada tahap 1.1774.

Pivot Points (PP) Mingguan:

WR3 - 1.1957

WR2 - 1.1876

WR1 - 1.1841

Pivot Mingguan- 1.1768

WS1 - 1.1735

WS2 - 1.1634

WS3 - 1.1603

Gambaran dagangan:

Walaupun terdapat corak penembusan harga pada baru-baru ini, corak Falling Wedge, rali tidak berlangsung untuk tempoh yang panjang dan kitaran penurunan harga telah disambung semula. Apabila senario kitaran ini disahkan oleh penembusan harga di atas tahap 1.2000, maka tren kenaikan harga cenderung untuk dilanjutkan menuju ke sasaran jangka panjang seterusnya yang terletak pada tahap 1.2350 (tahap tinggi dari 06.01.2021). Namun, pada masa ini, pasaran dikawal oleh permintaan yang mungkin mendorong harga untuk bergerak lebih rendah ke arah sokongan teknikal utama yang terletak pada tahap 1.1599.

Analisis Teknikal Pasangan Mata Wang EUR/USD pada 30 Ogos, 2021

*Analisis pasaran yang dipaparkan di sini hanya bertujuan untuk meningkatkan kesedaran anda, tetapi bukan sebagai petunjuk untuk anda melakukan perdagangan
Pergi ke senarai artikel Pergi ke artikel pengarang ini Buka akaun dagangan