logo

FX.co ★ Gambaran Keseluruhan pasangan GBP / USD pada 26 September. Ramalan mengikut "Saluran Regresi". Parlimen Britain menyambung semula untuk beroperasi. Aktiviti politik juga kini telah disambung semula

Gambaran Keseluruhan pasangan GBP / USD pada 26 September. Ramalan mengikut "Saluran Regresi". Parlimen Britain menyambung semula untuk beroperasi. Aktiviti politik juga kini telah disambung semula

Carta masa 4-jam

Gambaran Keseluruhan pasangan GBP / USD pada 26 September. Ramalan mengikut "Saluran Regresi". Parlimen Britain menyambung semula untuk beroperasi. Aktiviti politik juga kini telah disambung semula

Data teknikal:

Saluran regresi garis lurus atas (upper): arah aliran - menurun.

Saluran regresi garis lurus bawah (lower): arah aliran - menaik.

Purata bergerak (MA) (20; mendatar) - menurun.

CCI: -140.3389

Boris Johnson yang menyalahi undang-undang persidangan mesyuarat Parlimen berakhir pada 25 September. Ini adalah satu lagi kemenangan untuk pembangkang, yang diketuai oleh Jeremy Corbyn, tetapi dagangan pound telah berhenti memberi tindak balas positif kepada kemenangan tempatan. Tambahan pula, secara besar-besaran, "perkara masih lagi tersedia." Ya, para ahli parlimen telah meneruskan kerja mereka, kini mereka dapat mengawal tindakan Perdana Menteri, "meletakkan halangan/gangguan" dan mempengaruhi keputusannya. Walau bagaimanapun, apa yang telah berubah dalam konteks Brexit dalam tempoh beberapa minggu kebelakangan? Tiada apa-apa. Johnson tidak akan meletakkan jawatan (yang pasti akan meragui), walaupun desakan yang dikeluarkan oleh Jeremy Corbyn dan timbalan ketua pembangkang lain. Selain itu, Perdana Menteri percaya bahawa keputusan Mahkamah Tertinggi adalah salah dan tidak bersetuju dengannya. Tangan pembangkang masih terikat, kerana timbalan menteri tidak boleh membuang Johnson dari jawatannya. Brexit seolah-olah tertangguh, tetapi Johnson tidak meminta penangguhan rasmi dari pemimpin EU dan terus mengatakan bahawa ia akan dilaksanakan pada 31 Oktober dan tidak akan ada penangguhan baru pada tarikh ini. Keadaan yang belum pernah terjadi sebelumnya. Menggambarkan kekacauan politik.

Dalam keadaan sedemikian, adalah wajar untuk mengadakan pemilihan semula Parlimen, tetapi kedua-dua pihak inginkan dan berasa bimbang pada masa yang sama. Ada terlalu banyak yang dipertaruhkan. Boris Johnson mahu mengadakan pemilihan semula, dengan harapan dapat menguatkan kuasa parti pemerintah, iaitu konservatif. Sekiranya situasi itu berlaku, pembangkang akan menjadi lebih lemah, dan menjadi lebih sukar untuk menentang keputusan Johnson. Pembangkang adalah bimbang terhadap perkara itu. Johnson, walaupun mempromosikan pemilihan awal, juga memahami bahawa dalam masa dua bulan sebagai Perdana Menteri, beliau mengalami sekurang-kurangnya lima kekalahan, dan berapa banyak kemenangan di mana beliau menang? Dengan kiraan kami, 0. Adalah tidak mungkin untuk bersetuju dengan Brussels. "Menekan" Brexit melalui Parlimen adalah gagal. Situasi menggantungkan persidangan mesyuarat telah dibatalkan oleh Mahkamah Tertinggi. Dalam situasi sedemikian, penarafan Parti Konservatif dapat dikurangkan. Tambahan pula, tidak ada yang tahu apakah hasil pemilihan semula sekiranya berlaku, misalnya, undia dilakukan semula pada hari esok. Semua kajian sosiologi yang dijalankan ke atas sejumlah 2-3 ribu orang tidak dapat memberikan bayangan gambaran sebenar terhadap sesuatu. Mereka hanya menunjukkan mood pemilih dengan tahap kebarangkalian tertentu. Oleh demikian, pemilihan semula boleh menyelesaikan perbezaan di Parlimen, tetapi kedua-dua pihak bimbang kepada mereka. Juga, tidak mustahil untuk mengecualikan pilihan di mana tidak Buruh atau Konservatif akan dapat memperoleh lebih banyak kerusi Parlimen daripada yang tersedia buat masa kini. Dalam kes ini, pemilihan semula hanya akan menjadi formal dan membuang masa.

Pedagang hanya perlu melihat apa yang sedang berlaku dan bertindak balas. Sekarang, dagangan mata wnag pound mula menyesuaikan diri selepas beberapa minggu pertumbuhan, kerana mata wang UK tidak mempunyai nafas baru dalam fundamental. Oleh demikian, adalah berkemungkinan untuk kembali ke pembelian mata wang Britain selepas pengukuhan terbalik pedagang di atas garis purata bergerak (MA).

Tahap sokongan berhampiran:

S1 – 1.2360

S2 – 1.2329

S3 – 1.2299

Tahap rintangan berhampiran:

R1 – 1.2390

R2 – 1.2421

R3 – 1.2451

Cadangan dagangan:

Pasangan mata wang GBP / USD telah ditetapkan di bawah purata bergerak (MA). Oleh demikian, pedagang dinasihatkan untuk membeli mata wang AS dengan sasaran pada tahap 1.2329 dan 1.2268. Kedudukan pendek (pesanan menjual) adalah relevan sehingga penunjuk Heiken Ashi muncul. Mark Carney, Pengerusi Bank of England, dijadual akan bercakap hari ini.

Sebagai tambahan kepada gambaran teknikal, data asas dan masa pelepasan mereka juga perlu diambil kira.

Penjelasan ilustrasi:

Saluran regresi garis lurus atas (upper) - garis biru pergerakan satu hala.

Saluran regresi garis lurus rendah (lower) - garis ungu pergerakan satu hala.

CCI - garis biru dalam tetingkap regresi penunjuk.

Purata bergerak (MA) (20; mendatar) - garis biru pada carta harga.

Sokongan dan rintangan - garis merah mendatar.

Heiken Ashi - penunjuk bahawa bar warna adalah berwarna biru atau ungu.

*Analisis pasaran yang dipaparkan di sini hanya bertujuan untuk meningkatkan kesedaran anda, tetapi bukan sebagai petunjuk untuk anda melakukan perdagangan
Pergi ke senarai artikel Pergi ke artikel pengarang ini Buka akaun dagangan