Untuk mengambil pesanan membeli pasangan mata wang GBP/USD, anda perlu:
Pound berpotensi untuk meneruskan kenaikkan harga, tetapi hanya selepas penerbitan teks perjanjian Brexit, di mana Boris Johnson bersetuju dengan wakil EU. Walau bagaimanapun, aliran menaik yang lebih tinggi memerlukan sokongan dari Parlimen UK. Hari ini, adalah lebih baik bagi pembeli untuk menjangkakan penembusan dan pengukuhan harga di atas tahap rintangan 1.2781, yang akan mendorong kepada arah aliran menaik dan kemas kini tahap baru pada 1.2858 dan 1.2916, di mana saya mencadangkan kepada para pedagang untuk pengambilan untung. Sekiranya selepas penerbitan teks perjanjian itu, ahli parlimen yang tidak berpuas hati muncul, pembetulan menurun untuk mata wang pound tidak dikecualikan. Dalam senario ini, adalah lebih baik untuk mempertimbangkan pesanan membeli baru hanya selepas pembentukan penembusan harga palsu pada tahap sokongan 1.2741, atau membeli pound dengan serta-merta untuk pemulihan harga selepas pasangan mata wang GBP/USD ini menguji tahap rendah 1.2681 dan 1.2622.
Untuk mengambil pesanan menjual pasangan mata wang GBP/USD, anda perlu:
Adalah disyorkan kepada para pedagang untuk mengambil pesanna menjual pound hanya selepas tindak balas Parlimen British kepada teks perjanjian yang diterbitkan, yang dipersetujui pada minggu ini dengan wakil EU. Pembentukan penembusan harga palsu pada tahap rintangan 1.2781 akan menjadi isyarat pertama untuk para pedagang mengambil pesanan menjual, tetapi adalah lebih baik adalah untuk menunggu tahap tinggi mengemaskini berhampiran 1.2858 dan 1.2916 dan perbezaan (divergence) pada indikator MACD, yang akan menjadi isyarat tambahan untuk penjualan pound. Aliran menurun berkemungkinan besar akan menarik kembali GBP/USD untuk berdagang ke tahap sokongan 1.2741, yang akan meningkatkan tekanan ke atas pasangan mata wang ini dan membawa kepada kemaskini tahap rendah 1.2681 dan 1.2622, di mana saya mencadangkan kepada para pedagang untuk pengambilan untung.
Isyarat Indikator:
Moving averages
Pasangan mata wang ini diniagakan di atas Moving Averages (MA) 30 dan 50, yang menunjukkan kemaskini aliran menaik.
Bollinger band
Sekiranya pound meneruskan dagangan dalam aliran menurun, sokongan akan diberikan oleh sempadan lebih rendah pada tahap 1.2650. Kenaikkan harga akan dihadkan oleh tahap lebih tinggi 1.2835.

Huraian Indikator:
- MA (moving average) 50 days - kuning
- MA (moving average) 30 days - hijau
- MACD: Fast EMA 12, Slow EMA 26, SMA 9
- Bollinger Bands 20
