logo

FX.co ★ Pelan Dagangan Pasangan Mata Wang EURUSD pada 23 September, 2021

Pelan Dagangan Pasangan Mata Wang EURUSD pada 23 September, 2021

Pelan Dagangan Pasangan Mata Wang EURUSD pada 23 September, 2021

Prospek teknikal:

Pasangan mata wang EURUSD merosot ke zon harga 1.1688-90 pada Rabu susulan pengumuman FOMC. Walau bagaimanapun, logam berharga ini masih bertahan di atas sokongan awal kritikal sekitar tahap 1.1660. Kami mengekalkan jumlah pilihan rali tren kaunter yang mencapai zon 1.2050-60, dan lebih tinggi. Aliran menaik harus berada di atas tahap 1.1660, untuk mengekalkan struktur kenaikan harga.

Pasangan mata wang EURUSD dilihat meneruskan tren kaunter ke arah zon 1.2050, yang merupakan penurunan semula Fibonacci 0.618 penurunan harga di antara tahap 1.2266 dan 1.1660. Rintangan segera dilihat terletak pada tahap 1.1755, diikuti oleh 1.1850, sementara sokongan tetap utuh di sekitar tahap 1.1660. Penembusan harga di atas 1.1755 akan mengesahkan bahawa aliran menaik telah kembali mendominasi pasaran.

Struktur keseluruhan bagi pasangan mata wang EURUSD kekal melemah berbanding tahap 1.2350. Walau bagaimanapun, pasangan mata wang ini menjejaki kembali penurunan terkini buat masa ini, sebelum kembali melemah semula. Para pedagang dinasihatkan agar memerhatikan penembusan harga di atas 1.1755 dalam beberapa jam akan datang atau sesi dagangan yang berikutnya.

Pelan dagangan:

Kenaikan harga yang berpotensi dilihat pada tahap 1.2050 berbanding 1.1660

Semoga berjaya!

*Analisis pasaran yang dipaparkan di sini hanya bertujuan untuk meningkatkan kesedaran anda, tetapi bukan sebagai petunjuk untuk anda melakukan perdagangan
Pergi ke senarai artikel Pergi ke artikel pengarang ini Buka akaun dagangan