logo

FX.co ★ EUR/USD: Pelan perdagangan sesi Eropah untuk 26 Disember. Euro kekal diniagakan dalam saluran selepas sambutan Krismas

EUR/USD: Pelan perdagangan sesi Eropah untuk 26 Disember. Euro kekal diniagakan dalam saluran selepas sambutan Krismas

Untuk mengambil pesanan membeli pasangan mata wang EURUSD, anda perlu:

Volatiliti pasaran yang rendah pada pasangan mata wang EUR/USD ini diteruskan selepas sambutan Krismas dan tidak ada yang berubah dari sudut pandangan teknikal. Penekanan keseluruhan kekal pada tahap 1.1095, walau bagaimanapun, penembusan gharga pada tahap ini akan menjadi sangat bermasalah, kerana pengumuman laporan statistik penting tidak dijadualkan pada sebelah pagi hari ini. Hanya penembusan harga pada tahap ini akan mendorong kepada pembetulan menaik pasangan mata wang EUR/USD yang lebih tinggi ke tahap 1.1129 dan 1.1172, di mana saya mencadangkan kepada para pedagang untuk mengambil keuntungan. Sekiranya pasangan mata wang EUR/USD berjaya mengekalkan tekanan, maka adalah disyorkan kepada para pedagang untuk kembali ke pesanan membeli hanya apabila harga menguji tahap sokongan 1.1069, tertakluk kepada pembentukan penembusan harga palsu, atau untuk melantun dari yang tahap harga rendah yang lebih besar pada 1.1041.

Untuk mengambil pesanan menjual pasangan mata wang EURUSD, anda perlu:

Penjual akan terus melindungi tahap rintangan 1.1095, dan pembentukan penembusan harga palsu akan menjadi isyarat langsung untuk para pedagang mengambil pesanan menjual dalam kesinambungan aliran menurun untuk mengemas kini tahap rendah 1.1069 dan 1.1041, di mana saya mencadangkan pengambilan untung pada tahap tersebut. Sekiranya tidak ada tekanan ke atas mata wang euro sekitar tahap 1.1095, maka adalah lebih baik untuk menangguhkan penjualan hingga harga mengemas kini tahap tinggi 1.1129. Saya juga mengesyorkan para pedagang untuk mengambil pesanan menjual dengan serta-merta semasa lantunan harga pada tahap rintangan 1.1172, ujian harga akan menunjukkan pembentukan aliran menaik baru euro.

Isyarat Indikator:

Moving Averages

Pasangan mata wang ini berdagang dalam wilayah Moving Averages (MA) 30 dan 50, yang menunjukkan ketidaktentuan pasaran.

Bollinger band

Volatiliti pasarab adalah rendah, yang tidak memberikan sebarang isyarat kepada para pedagang untuk memasuki pasaran.

EUR/USD: Pelan perdagangan sesi Eropah untuk 26 Disember. Euro kekal diniagakan dalam saluran selepas sambutan Krismas

Huraian Indikator:

  • Moving average (Moving averge menentukan arah aliran semasa dengan melancarkan volatiliti dan noise).
  • Tempoh 50. Grafik ditandakan dengan warna kuning. Moving average (Moving averge menentukan arah aliran semasa dengan melancarkan volatiliti dan noise).
  • Tempoh 30. Grafik ditandakan dengan warna hijau. Indikator MACD (Moving average Penumpuan/Penolakan - Moving average Penumpuan/Penolakan).
  • Tempoh Cepat EMA 12. Tempoh Perlahan EMA 26. Tempoh SMA 9. Bollinger Bands (Bollinger Bands). Tempoh 20.
*Analisis pasaran yang dipaparkan di sini hanya bertujuan untuk meningkatkan kesedaran anda, tetapi bukan sebagai petunjuk untuk anda melakukan perdagangan
Pergi ke senarai artikel Pergi ke artikel pengarang ini Buka akaun dagangan