Untuk mengambil pesanan membeli pasangan mata wang GBP/USD, anda perlu:
Pembeli melepaskan pound semalam, yang membawa kepada kenaikkan ke tahap sokongan yang agak penting, tetapi aliran menaik itu kemudiannya telah dipulihkan dengan cepat pada sebelah petang, mewujudkan prasyarat pertama untuk pembentukan sempadan bawah saluran baru yang semakin meningkat. Tugas utama untuk harga hari ini adalah untuk mengekalkan julat sokongan 1.2997-90, di mana pembentukan penembusan harga palsu akan menjadi isyarat pertama untuk para pedagang mengambil pesanan membeli. Ia juga mungkin untuk membina sempadan bawah saluran yang semakin meningkat di kawasan ini. Titik penting akan menjadi penembusan dan pengukuhan harga di atas tahap rintangan 1.3030, yang akan membawa kepada pembatalan pesanan Stop Loss penjual dan pembetulan menaik yang lebih tinggi ke tahap tinggi 1.3065 dan 1.3102, di mana saya mencadangkan kepada para pedagang untuk mengambil keuntungan. Sekiranya aliran menaik tidak mempunyai momentum yang mencukupi untuk menampung tekanan penjual pada tahap 1.2997, maka dalam senario ini, adalah lebih baik untuk menangguhkan pembelian sehingga tahap 1.2963 dan 1.2939 dikemas kini, yang akan menandakan penurunan harga.
Untuk mengambil pesanan menjual pasangan mata wang GBP/USD, anda perlu:
Aliran menurun jelas tidak mengharapkan penolakan semacam itu dan kini tugas harga pada separuh pertama hari ini adalah untuk melindungi rintangan yang terletak pada tahap 1.3030, sedikit di atas Moving Averages (MA). Pembentukan penembusan harga palsu padajulat ini akan menjadi isyarat untuk mengambil pesanan menjual GBP/USD, yang akan mengembalikan pound ke kawasan sokongan 1.2997-90, di mana perjuangan utama untuk arah harga yang selanjutnya akan kelihatan. Pengukuhan harga di bawah kawasan ini dengan cepat akan mendorong pasangan mata wang untuk berdagang ke tahap 1.2963 dan 1.2939, di mana saya mencadangkan pengambilan keuntungan. Sekiranya tekanan daripada penjual di kawasan rintangan 1.3030 tidak akan dibentuk, maka dalam kes ini, pesanan menjual akan ditangguhkan sehingga harga menguji tahap tinggi 1.3065 dan 1.3102.
Isyarat Indikator:
Moving averages
Pasangan mata wang GBP/USD ini berdagang di sekitar Moving Averages (MA) 30 dan 50, yang menunjukkan kemungkinan perubahan arah harga dalam masa terdekat.
Bollinger band
Penembusan harga pada sempadan menaik indikator 1.3035 akan membawa kepada peningkatan dalam pembelian pound. Sekiranya pasangan mata wang ini diniagakan dalam alira menurun, sempadan yang lebih rendah di kawasan 1.2985 akan menawarkan sokongan untuk pasangan mata wang ini.

Huraian Indikator:
- Moving Averages (MA) (purata bergerak menentukan arah aliran semasa dengan melancarkan pergerakan volatiliti dan noise). Tempoh 50. Grafik ditandakan dengan kuning.
Moving Averages (MA) (purata bergerak menentukan arah aliran semasa dengan melancarkan pergerakan volatiliti dan noise). Tempoh 30. Grafik ditandakan dengan hijau.
- Indikator MACD (Moving Averages Penumpuan / Perbezaan - Moving Averages (MA) penumpuan / perbezaan) Tempoh pantas EMA 12. Tempoh perlahan EMA 26. Tempoh SMA 9
- Bollinger Bands (Bollinger Bands). Tempoh 20
