Tinjauan Pasaran Teknikal
Pasangan mata wang EUR/USD telah menembusi di atas zon penawaran (supply) yang terletak di antara tahap 1.1665 - 1.1655, jadi kini prospek berubah kepada lebih menaik. Sasaran seterusnya untuk kenaikan harga terletak pada tahap 1.1700 dan tahap 1.1665 kini akan bertindak sebagai sokongan teknikal. Keadaan pasaran melantun daripada paras oversold dan momentum sudah kukuh dan positif.
Titik Pivot (PP) Mingguan:
WR3 - 1.1784
WR2 - 1.1726
WR1 - 1.1691
Pivot Mingguan - 1.1630
WS1 - 1.1593
WS2 - 1.1532
WS3 - 1.1494
Tinjauan Dagangan:
Pasaran dikawal oleh penurunan harga yang menolak harga ke arah tahap 1.1562, iaitu tahap terendah sejak bulan November 2020. Sasaran seterusnya untuk penurunan harga dilihat pada tahap 1.1497. Aliran menaik boleh diteruskan ke arah sasaran jangka panjang seterusnya yang terletak pada tahap 1.2350 (tinggi dari 06.01.2021) hanya jika senario kitaran kenaikkan disahkan oleh penembusan di atas tahap 1.1909 dan 1.2000.

