Tinjauan Pasaran Teknikal
Pasangan mata wang EUR/USD telah melantun dari tahap tahap 1.1539 dan menjejaki semula 50% daripada gelombang terakhir ke bawah. Rintangan teknikal terdekat terletak pada tahap 1.1613 dan kenaikan harga cuba untuk menembusi ke arah tahap 1.1624 dan ke atas. Namun begitu, meskipun lantunan tersebut, momentumnya hampir tidak positif, jadi penurunan masih mengawal pasaran. Aliran carta masa (TF) yang lebih besar kekal menurun dan sebarang pelanggaran sokongan teknikal yang terletak pada 1.1501 akan menjadi negatif untuk kenaikan harga dalam jangka pendek.
Titik Pivot (PP) Mingguan:
WR3 - 1.1790
WR2 - 1.1742
WR1 - 1.1638
Pivot Mingguan - 1.1584
WS1 - 1.1479
WS2 - 1.1425
WS3 - 1.1310
Tinjauan Dagangan:
Pasaran dikawal oleh penurunan harga yang menolak harga ke arah tahap 1.1501, iaitu tahap terendah sejak bulan November 2020. Sasaran seterusnya untuk penurunan harga dilihat pada tahap 1.1497. Aliran menaik boleh diteruskan ke arah sasaran jangka panjang seterusnya yang terletak pada tahap 1.2350 (tinggi dari 06.01.2021) hanya sekiranya senario kitaran kenaikkan disahkan oleh penembusan di atas tahap 1.1909 dan 1.2000.

