logo

FX.co ★ Analisis Teknikal Pasangan Mata Wang EUR/USD pada 8 November 2021

Analisis Teknikal Pasangan Mata Wang EUR/USD pada 8 November 2021

Gambaran Teknikal Pasaran:

Pergerakan harga bagi pasangan mata wang EUR/USD telah dihadkan pada tahap 1.1571 dan ia kini kembali berdagang ke arah tahap 1.1539. Trend pada carta yang lebih besar kekal menurun dan mana-mana penembusan harga pada sokongan teknikal yang terletak pada tahap 1.1501 akan menjadi negatif untuk kenaikan harga dalam jangka jangka pendek. Sementara itu, rintangan teknikal utama paling hampir didapati terletak pada tahap 1.1613, oleh yang demikian, tahap ini perlu ditembusi sebelum kenaikkan harga mungkin cuba menembusi tahap yang lebih tinggi ke arah 1.1624 dan selanjutnya. Namun begitu, walaupun berlaku lantunan harga, momentumnya hampir tidak positif, oleh yang demikian, trend penurunan masih mendominasi pasaran.

Tahap Pivot Mingguan:

WR3 - 1.1716

WR2 - 1.1666

WR1 - 1.1608

Pivot Mingguan - 1.1563

WS1 - 1.1509

WS2 - 1.1471

WS3 - 1.1405

Cadangan Dagangan:

Pasaran kini didominasi oleh penurunan harga yang menolak pasangan mata wang EUR/USD bergerak menuju ke arah tahap 1.1501, iaitu tahap terendah sejak November 2020. Sasaran seterusnya untuk penurunan harga dilihat pada tahap 1.1497. Aliran menaik cenderung untuk dilanjutkan ke arah sasaran jangka panjang seterusnya yang terletak pada tahap 1.2350 (tahap tinggi dari 06.01.2021) hanya sekiranya senario kitaran menaik disahkan oleh penembusan harga di atas tahap 1.1909 dan 1.2000.

Analisis Teknikal Pasangan Mata Wang EUR/USD pada 8 November 2021

*Analisis pasaran yang dipaparkan di sini hanya bertujuan untuk meningkatkan kesedaran anda, tetapi bukan sebagai petunjuk untuk anda melakukan perdagangan
Pergi ke senarai artikel Pergi ke artikel pengarang ini Buka akaun dagangan