logo

FX.co ★ Pelan Perdagangan Pasangan Mata Wang EUR/USD untuk 25 Mac, 2020.

Pelan Perdagangan Pasangan Mata Wang EUR/USD untuk 25 Mac, 2020.

Pelan Perdagangan Pasangan Mata Wang EUR/USD untuk 25 Mac, 2020.

Mengikut maklumat tidak rasmi, Kongres Amerika Syarikat pada hari ini akan meluluskan satu pakej bantuan kepada ekonomi bernilai hampir $2 trilion. Pakej ini mengandungi bayaran terus sehingga $3 ribu ringgit bagi setiap keluarga, bantuan kepada perniagaan yang terjejas akibat wabak coronavirus, dan bantuan kepada negeri dan bandar yang terjejas.

Kemas kini pandemik coronavirus: terdapat penurunan jumlah kematian harian di Itali, dan penurunan kadar penyebaran virus. Sebelum ini, peningkatan bilangan pesakit baru ialah +10% sehari, tetapi kini hanya 8%. Kita mungkin sudah hampir dengan puncak pandemik.

Negara kedua dengan jumlah kes terbesar (tidak termasuk China, di mana wabak hampir berjaya diatasi) adalah Amerika Syarikat. Ia kini merekodkan 54,000 orang pesakit, yang meningkat sekitar +10% sehari. Sepanyol berada di tempat ketiga dengan 42,000 kes.

Separuh daripada kes di Amerika Syarikat adalah dilaporkan dari New York. Akibatnya, semua orang yang meninggalkan bandar tersebut dikehendaki untuk membuat pengasingan diri selama 14 hari.

Pada masa ini, situasi Itali dan Sepanyol adalah yang paling sukar. Ia lebih buruk berbanding China, kerana bilangan kematian di negara ini hanya 3,300. Di Itali, 6,800 orang telah meninggal dunia, dan di Sepanyol, 3,000 orang maut. Ini menunjukkan bahawa, kemungkinan besar, Itali dan Sepanyol sedang giat membuat saringan, dan terdapat lebih banyak pesakit daripada laporan rasmi.

Sementara itu, terdapat kematian yang jauh lebih rendah dicatatkan di Amerika Syarikat setakat ini - 64 orang.

Fokus lain: 24,800 - maklumat tidak mencukupi.

Jerman - 33,400 kes

Perancis - 22,300 kes

Switzerland - 9,900 kes dan 110 kematian

Britain - 8,100 kes.

Walau bagaimanapun, pasaran AS meningkat dengan ketara semalam, kira-kira +10% pada indeks, dengan jangkaan pakej bantuan dan respon positif terhadap kelemahan pandemik.

EUR/USD: pertumbuhan dolar telah berhenti.

Bersedia untuk membuka pesanan menjual pada harga 1.0635.

Anda boleh membuka pesanan menjual dari tahap 1.0940 atau lebih tinggi.

*Analisis pasaran yang dipaparkan di sini hanya bertujuan untuk meningkatkan kesedaran anda, tetapi bukan sebagai petunjuk untuk anda melakukan perdagangan
Pergi ke senarai artikel Pergi ke artikel pengarang ini Buka akaun dagangan