logo

FX.co ★ Pelan Perdagangan Pasangan Mata Wang EUR/USD untuk 27 Mac, 2020.

Pelan Perdagangan Pasangan Mata Wang EUR/USD untuk 27 Mac, 2020.

Pelan Perdagangan Pasangan Mata Wang EUR/USD untuk 27 Mac, 2020.

Pasaran AS, euro, dan pound meningkat. Walau bagaimanapun, ketika pandemik masih belum lagi menunjukkan tanda-tanda perlahan, ekonomi masih dalam keadaan yang sangat buruk. Semalam, laporan pengangguran AS menunjukkan peningkatan yang besar sebanyak +3.28 juta. Ini hanya dalam tempoh seminggu!

Walau bagaimanapun, berikut adalah kemaskini mengenai pandemik: seperti yang diharapkan, AS telah mengatasi Itali dalam bilangan orang yang dijangkiti. SKini terdapat sebanyal 85,800 kes yang disahkan, dan kebanyakannya dari New York. Terdapat juga sebilangan besar orang yang dijangkiti di California, sementara pertumbuhan mendadak dicatatkan di Kanada.

Di Itali, peningkatan bilangan orang yang dijangkiti semakin perlahan. Walau bagaimanapun, ia masih kekal tinggi dengan rekod 80600 orang.

Di Jerman, terdapat pertumbuhan yang ketara dalam bilangan orang yang dijangkiti. Ia kini mencatatkan 47,000 kes, tetapi kematian masih pada bacaan 280 orang. Di Amerika Syarikat, 1,300 orang telah meninggal dunia.

Sepanyol - 57,000 orang dijangkiti, 4,300 maut.

Sekali lagi, selagi kadar penyebaran virus kekal tinggi, keadaan di pasaran akan tetap tidak menentu.

Secara keseluruhannya, jumlah orang yang dijangkiti sejak virus bermula ialah 539,000 orang. Seramai 124,000 orang telah pulih, manakala 24,000 telah meninggal dunia.

Semalam, ketua WHO dengan tegas mengkritik negara dengan sebilangan kecil orang yang dijangkiti kerana keengganan mereka untuk mengenakan langkah kuarantin yang ketat.

EUR/USD: Pasangan mata wang ini mengukuh.

Ambil pesanan menjual dari tahap 1.0635.

Tahap untuk pembelian masih pada 1.1240. Walau bagaimanapun, terdapat kebarangkalian tinggi bahawa pasangan mata wang ini akan ditarik ke arah bawah, di mana tahap baru akan muncul.

*Analisis pasaran yang dipaparkan di sini hanya bertujuan untuk meningkatkan kesedaran anda, tetapi bukan sebagai petunjuk untuk anda melakukan perdagangan
Pergi ke senarai artikel Pergi ke artikel pengarang ini Buka akaun dagangan