logo

FX.co ★ Hasil positif dari pertemuan OPEC+ akan mendorong kepada kenaikan harga minyak (penurunan harga pada pasangan mata wang USD/CAD dan USD/NOK dijangkakan)

Hasil positif dari pertemuan OPEC+ akan mendorong kepada kenaikan harga minyak (penurunan harga pada pasangan mata wang USD/CAD dan USD/NOK dijangkakan)

Harga minyak mentah mendapat sokongan selepas menyaksikan pertumbuhan yang kukuh pada minggu lalu, berikutan laporan dari D. Trump yang mengatakan bahawa Arab Saudi berkemungkinan akan mula menurunkan pengeluaran minyak mentah sebanyak 10 juta tong sehari.

Dagangan minggu lepas dilihat telah menjadi pembalikan bagi harga minyak. Meningkatkan harapan bahawa Arab Saudi, Rusia dan Amerika Syarikat masih akan memulakan rundingan mengenai peraturan pengeluaran minyak mentah, sambil mengekalkan sebut harga. Pada KhamisPertubuhan Negara Pengeskport Minyak (OPEC)+ akan bertemu dalam mod persidangan video di mana isu ini akan dibincangkan. Setakat ini, keputusan akan dibuat untuk mengurangkan pengeluaran minyak sebanyak 10 juta tong sehari.

Persoalannya timbul di sini: adakah ia cukup untuk menyumbang kepada harga yang lebih tinggi?

Pada pandangan kami, dinamik harga minyak bergantung bukan sahaja pada jumlah pengurangan yang diterima pakai pada mesyuarat, tetapi juga mengenai kesan coronavirus pada ekonomi global. Di peringkat tempatan, harga pada akhir mesyuarat mungkin mencapai sokongan yang penting pada hari Khamis, jika pertemuan itu memutuskan untuk mengurangkan pengeluaran lebih dari 10 juta tong sehari, dan masa pelaksanaannya dijangkakan akan melebihi tiga bulan. Pada masa yang sama, jika ia ternyata kurang dalam jumlah dan tidak melebihi tempoh tiga bulan, dan pengeluar minyak mentah yang lain - Amerika Syarikat, Brazil atau Kanada enggan menyertai dalam proses ini, kita harus mengharapkan kesinambungan kejatuhan yang kuat dalam sebut harga emas.

Faktor lain yang membatasi harga ialah kemasukan ekonomi global ke dalam krisis kemelesetan di tengah-tengah pandemik coronavirus. Memperlahankan pertumbuhan ekonomi secara automatik membawa kepada kejatuhan permintaan terhadap bahan mentah dan aset komoditi - logam industri dan, tentu saja, minyak. Kami percaya bahawa tugas utama yang dihadapi pengeluar minyak adalah untuk membawa harga kembali kepada $60 setong, dan menyimpannya dalam lingkungan $30-40 setong supaya harga minyak tidak menjunam di bawah paras harga $20, yang akan membawa kepada keruntuhan bukan sahaja dalam penjualan, tetapi juga pengeluar minyak dengan cara tradisional.

Sudah tentu, jika semuanya positif pada hari Khamis, ini boleh menjadi insentif yang baik untuk terus berhati-hati mengukuhkan mata wang komoditi berbanding Dolar AS. Pada gelombang ini, saham syarikat perlombongan dan tenaga juga akan mendapat sokongan.

Ramalan perdgaangan hari ini:

Pasangan mata wang USD/CAD mengukuh di atas tahap 1.3990, dan menjangkakan keputusan mesyuarat OPEC+. Jika ia berakhir dengan positif, pasangan mata wang ini akan meneruskan penurunan tempatan. Dalam kes ini, kami mengharapkan ia akan menurunkan harga ke tahap 1.3920, dan kemudian ke tahap 1.3725, jika tahap 1.3990 ditembusi.

Pasangan mata wang USD/NOK juga mengukuh hanya di atas tahap 10.1500. Jika hasil persidangan video OPEC+ positif, maka kita harus mengharapkan penurunan harga ke tahap 9.8650.

Hasil positif dari pertemuan OPEC+ akan mendorong kepada kenaikan harga minyak (penurunan harga pada pasangan mata wang USD/CAD dan USD/NOK dijangkakan)

Hasil positif dari pertemuan OPEC+ akan mendorong kepada kenaikan harga minyak (penurunan harga pada pasangan mata wang USD/CAD dan USD/NOK dijangkakan)

*Analisis pasaran yang dipaparkan di sini hanya bertujuan untuk meningkatkan kesedaran anda, tetapi bukan sebagai petunjuk untuk anda melakukan perdagangan
Pergi ke senarai artikel Pergi ke artikel pengarang ini Buka akaun dagangan