logo

FX.co ★ Analisis Teknikal Pasangan Mata Wang EUR/USDpada 24 November 2021

Analisis Teknikal Pasangan Mata Wang EUR/USDpada 24 November 2021

Gambaran Teknikal Pasaran

Pasangan mata wang EUR/USD telah membuat ayunan rendah baru pada tahap 1.1227, yang merupakan sokongan teknikal untuk kenaikan harga. Ujian harga pada garis saluran bawah adalah negatif dan kenaikan harga ditolak dari tahap yang lebih tinggi. Sasaran seterusnya untuk penurunan harga dilihat terletak pada tahap 1.1185, tetapi jika kenaikan harga berhasil menembusi saluran, maka pergerakan penurunan harga mungkin akan ditangguhkan. Keadaan semasa pasaran pada carta 4 Jam kelihatan masih terlebih jualan (oversold), oleh yang demikian, lantunan ke arah rintangan teknikal tempatan akan dilihat sebagai aksi pasaran biasa. Rintangan teknikal utama dilihat berada pada tahap 1.1513 dan selagi harga didagangkan di bawah tahap ini, prospek dagangan untuk pasangan mata wang EUR/USD adalah trend penurunan.

Tahap Pivot Mingguan:

WR3 - 1.1603

WR2 - 1.1531

WR1 - 1.1388

Pivot Mingguan - 1.1319

WS1 - 1.1173

WS2 - 1.1107

WS3 - 1.0965

Tinjauan Dagangan:

Pasaran dikawal oleh penurunan harga yang menolak harga di bawah tahap 1.1501, yang juga merupakan tahap terendah sejak November 2020. Sasaran jangka panjang penting seterusnya untuk penurunan harga dilihat pada tahap 1.1365. Aliran menaik boleh diteruskan ke arah sasaran jangka panjang seterusnya yang terletak pada tahap 1.2350 (tahap tinggi dari 06.01.2021) hanya jika senario kitaran kenaikkan disahkan oleh penembusan harga di atas tahap 1.1909 dan 1.2000.

Analisis Teknikal Pasangan Mata Wang EUR/USDpada 24 November 2021

*Analisis pasaran yang dipaparkan di sini hanya bertujuan untuk meningkatkan kesedaran anda, tetapi bukan sebagai petunjuk untuk anda melakukan perdagangan
Pergi ke senarai artikel Pergi ke artikel pengarang ini Buka akaun dagangan