logo

FX.co ★ GBP/USD: Pelan Perdagangan Sesi Eropah pada 27 April. Berita buruk untuk pound tidak menakutkan pembeli. Aliran menaik mensasarkan penembusan harga pada tahap 1.2416.

GBP/USD: Pelan Perdagangan Sesi Eropah pada 27 April. Berita buruk untuk pound tidak menakutkan pembeli. Aliran menaik mensasarkan penembusan harga pada tahap 1.2416.

Untuk mengambil pesanan membeli pasangan mata wang GBP/USD, anda perlu:

Pembeli pound tidak berasa bimbang dengan data yang menunjukkan penurunan mendadak dalam laporan penjualan runcit UK, sebagaimana mereka berjaya untuk menembusi ke tahap 1.2339. Pada masa ini, sementara harga masih diniagakan di atas tahap ini, kita dapat menjangkakan pertumbuhan dan ujian rintangan pada tahap 1.2416. Walau bagaimanapun, penembusan dan penyatuan harga di atas tahap ini adalah tugas yang lebih penting, yang memungkinkan pasangan mata wang GBP/USD ini untuk meneruskan trend menaik dan menguji tahap tinggi 1.2476 dan 1.2512, di mana saya mengesyorkan kepada para pedagang untuk mengambil keuntungan. Sekiranya pasangan mata wang GBP/USD ini kembali diniagakan ke tahap sokongan 1.2339, maka adalah disyorkan kepada para pedagang untuk mengambil pesanan membeli hanya selepas pasangan mata wang ini membuat penembusan harga palsu pada tahap ini. Saya menasihatkan para pedagang untuk mengambil pesanan membeli pasangan mata wang GBP/USD dengan segera untuk lantunan harga dari tahap rendah mingguan 1.2264, dan kemudian, meneruskan pembetulan menaik sebanyak 30-40 mata dalam sehari.

Untuk mengambil pesanan menjual pasangan mata wang GBP/USD, anda perlu:

Penjual Pound ditarik semula dari pasaran, sekaligus telah membenarkan aliran menaik menghampiri ke tahap rintangan 1.2416. Tugas utama pasangan mata wang ini adalah untuk melindungi tahap ini, dan penembusan harga palsu pada tahap ini akan menjadi isyarat kepada para pedagang untuk mengambil pesanan menjual untuk membolehkan harga kembali ke tengah saluran 1.2339. Matlamat yang sama pentingnya adalah penembusan harga pada tahap ini, setelah itu, adalah disarankan kepada para pedagang untuk mengambil pesanan menjual baru dengan sasaran untuk menguji sempadan lebih rendah saluran pembetulan menaik 1.2264 dan menolak pasangan mata wang GBP/USD ke tahap rendah 1.2173 , di mana saya menasihati anda untuk mengambil keuntungan. Untuk senario pertumbuhan pasangan mata wang GBP/USD pada separuh pertama hari ini, anda juga boleh kembali ke pesanan menjual setelah pasangan mata wang GBP/USD ini menguji tahap tinggi 1.2476 atau lebih tinggi lagi, dari rintangan utama 1.2512 yang akan mempengaruhi pembetulan harga sebanyak 30-40 mata dalam sehari.

GBP/USD: Pelan Perdagangan Sesi Eropah pada 27 April. Berita buruk untuk pound tidak menakutkan pembeli. Aliran menaik mensasarkan penembusan harga pada tahap 1.2416.

Isyarat Indikator:

Moving averages

Pasangan mata wang GBP/USD ini diniagakan di atas Moving Averages (MA) 30 dan 50, yang mengekalkan sedikit kelebihan untuk pembeli.

Catatan: Moving Averages (MA) tempoh dan harga dipertimbangkan oleh penulis pada carta 1 Jam dan ia berbeza dengan definisi umum classic daily moving averages pada carta Harian, D1.

Bollinger bands

Sekiranya pound menurun, sokongan akan diberikan oleh sempadan bawah indikator pada tahap 1.2305.

Huraian Indikator:

  • Moving average (Moving average menentukan arah aliran semasa dengan melancarkan volatiliti dan noise). Tempoh 50. Grafik ditandakan dengan warna kuning.
  • Moving average (Moving average menentukan arah aliran semasa dengan melancarkan volatiliti dan noise). Tempoh 30. Grafik ditandakan dengan warna hijau.
  • Indikator MACD (Moving average Penumpuan/Penolakan - Moving average Penumpuan/Penolakan). Fast EMA 12. Slow EMA 26. SMA 9.
  • Bollinger Bands (Bollinger Bands). Tempoh 20.
*Analisis pasaran yang dipaparkan di sini hanya bertujuan untuk meningkatkan kesedaran anda, tetapi bukan sebagai petunjuk untuk anda melakukan perdagangan
Pergi ke senarai artikel Pergi ke artikel pengarang ini Buka akaun dagangan