Untuk membuka pesanan membeli pasangan mata wang GBP/USD, anda perlu:
Setelah beberapa percubaan yang tidak berjaya untuk menembusi di bawah tahap sokongan 1.2424, penjual pound ditarik semula, membentuk rintangan kuat pada tahap 1.2478, yang mana ia terus melindungi sekarang. Pembeli pound kini memerlukan penembusan harga palsu yang lain untuk muncul pada tahap sokongan 1.2424, selepas itu anda boleh bergantung pada pembetulan kenaikan yang lebih besar dan ujian harga pada tahap tinggi 1.2478, di mana saya mengesyorkan kepada para pedagang untuk mengambil keuntungan. Walau bagaimanapun, adalah mungkin untuk bercakap mengenai kesinambungan aliran menaik hanya setelah harga mengemas kini tahap tinggi semalam. Pengukuhan harga di atas tahap rintangan 1.2478 ini hanya akan menguatkan kedudukan aliran menaik, yang akan membuka jalan untuk harga bergerak langsung ke tahap 1.2517 dan 1.2557. Hari ini, laporan mengenai aktiviti di sektor pembinaan UK diramalkan tidak akan memberi kesan serius ke atas pound. Oleh itu, jika tekanan pada pasangan mata wang GBP/USD berterusan pada separuh pertama hari ini, dan aliran menaik gagal mencapai tahap sokongan 1.2424, pasangan mata wang GBP/USD ini berkemungkinan besar akan kembali ke pesanan membeli hanya selepas menguji tahap 1.2391, dengan syarat bahawa penembusan harga palsu berlaku di sana, atau memgambil pesanan membeli pasangan mata wang GBP/USD dengan segera pada lantunan harga dari tahap rendah 1.2360.
Untuk membuka pesanan menjual pasangan mata wang GBP/USD, anda perlu:
Penjual pound perlu menembusi dan mengukuh di bawah tahap sokongan 1.2424, kerana senario ini akan mengekalkan momentum penurunan harga di pasaran, yang berpotensi untuk mendorong pasangan mata wang GBP/USD ke paras terendah 1.2391 dan 1.2360, di mana saya mengesyorkan kepada para pedagang untuk mengambil keuntungan. Laporan pembinaan UK yang lemah dapat membantu. Percubaan yang tidak berjaya untuk menolak pound di atas tahap rintangan 1.2478 akan menjadi isyarat untuk membuka pesanan menjual. Kurangnya aktiviti dalam julat ini dari pihak penjual, serta kurangnya pergerakan pasangan ke arah bawah, boleh menyebabkan kesinambungan aliran menaik dan pembetulan menaik yang lebih tinggi terbentuk ke tahap tinggi 1.2517 dan 1.2557, di mana saya mengesyorkan kepada para pedagang untuk membuka pesanan menjual dengan segera untuk melantun sambil menjangkakan pergerakan menurun sebanyak 30-40 mata dalam sehari. Namun, para pedagang dinasihatkan untuk lebih berhati-hati, kerana penembusan harga pada tahap rintangan 1.2478 dan kemaskini tahap tinggi semalam akan menjadi keputusan bagi penjualan pound, kerana trend penurunan jangka pendek pada pasangan mata wang ini akan ditembusi.

Isyarat Indikator:
Moving Averages
Pasangan mata wang EUR/USD ini diniagakan di bawah Moving Averages (MA) 30 dan 50, yang menunjukkan pembentukan momentum penurunan harga.
Catatan: Moving Averages tempoh dan harga dipertimbangkan oleh penulis pada carta 1 Jam dan ia berbeza dengan definisi umum classic daily moving averages pada carta Harian.
Bollinger bands
Sekiranya pound meningkat pada separuh pertama hari ini, purata indikator pada tahap 1.2460 akan bertindak sebagai rintangan. Penembusan harga pada sempadan lebih rendah indikator pada tahao 1.2424 akan meningkatkan tekanan ke atas pasangan mata wang ini
Huraian Indikator:
- Moving average (Moving average menentukan arah aliran semasa dengan melancarkan volatiliti dan noise). Tempoh 50. Grafik ditandakan dengan warna kuning.
- Moving average (Moving average menentukan arah aliran semasa dengan melancarkan volatiliti dan noise). Tempoh 30. Grafik ditandakan dengan warna hijau.
- Indikator MACD (Moving average Penumpuan/Penolakan - Moving average Penumpuan/Penolakan). Fast EMA 12. Slow EMA 26. SMA 9.
- Bollinger Bands (Bollinger Bands). Tempoh 20.
