logo

FX.co ★ Analisis Teknikal Bagi Urusniaga Harian GBP/USD dan Cadangan Dagangan untuk 8 Januari, 2013

Analisis Teknikal Bagi Urusniaga Harian GBP/USD dan Cadangan Dagangan untuk 8 Januari, 2013

Analisis Teknikal Bagi Urusniaga Harian GBP/USD dan Cadangan Dagangan untuk 8 Januari, 2013Analisis Teknikal Bagi Urusniaga Harian GBP/USD dan Cadangan Dagangan untuk 8 Januari, 2013

Pasangan mata wang GBP/USD telah turun naik dengan banyaknya dalam beberapa minggu lalu gagal untuk mengekalkan satu arah aliran jangka panjang. Walau bagaimanapun, pasangan mata wang GBP/USD memulakan dagangan ditahun baru dengan pergerakkan kenaikkan harga yang tajam di atas tahap 1.6300. Sepertimana yang kita lihat pada carta, penolakan terakhir berakhir dengan pembentukkan 'inverted hanging man' pada cartalilin harian yang menunjukkan penembusan yang salah di atas tahap 1.6300.

Pada carta 4H pasangan mata wang GBP/USD menunjukkan reaksi tindakan harga yang ketara di mana ia telah bergerak menurun ke arah tahap 1.6300 dan mewujudkan zon rintangan yang ketara.

Pada minggu lepas, pasangan mata wang yang telah mencecah tahap tinggi bulan lepas pada tahap 1.6307 telah diuji semula dengan tindakan penurunan harga yang ketara, yang mana sekaligus meningkatkan gambaran penurunan harga untuk pasangan mata wang tersebut.

Pengukuhan di bawah Zon Harga Urusniaga Sokongan di antara tahap 1.6125-1.6100 adalah perlu untuk mengekalkan pergerakan penurunan harga dalam jangka pendek. Walau bagaimanapun, sekiranya penarikan semula kenaikkan harga berlaku pada minggu ini, seperti mana yang telah dijangkakan, Zon Harga di tahap 1.6170 harus diperhatikan untuk tindakan penurunan harga dan kemasukan kedudukan JUAL yang sah dengan SL hanya terletak di atas tahap 1.6220.

Kekuatan pergerakan penurunan harga semasa menunjukkan dominasi penurunan harga, kecenderungan untuk penurunan harga mula memberikan tumpuan kepada tahap sokongan semasa ditahap 1.6100, 1.6050 dan kemudian di tahap sokongan 1.5852 dan tahap rendah November akan menjadi tahap utama untuk penembusan bagi gambaran penurunan harga yang selanjutnya.

Penarikan semula kenaikan harga memerlukan penetapan di atas tahap 1.6060 untuk membolehkan kita melonjak ke tahap yang lebih tinggi. Itulah sebabnya mengapa tahap penembusan yang sama adalah penting bagi pergerakan penurunan harga yang selanjutnya.

*Analisis pasaran yang dipaparkan di sini hanya bertujuan untuk meningkatkan kesedaran anda, tetapi bukan sebagai petunjuk untuk anda melakukan perdagangan
Pergi ke senarai artikel Pergi ke artikel pengarang ini Buka akaun dagangan