EUR/USD: Bagi pasangan mata wang ini, isyarat penurunan harga masih sah: EMA 11 berada di bawah EMA 56, manakala tempoh RSI 14 pula di bawah tahap 50. Terdapat beberapa penurunan haga sederhana semalam, dan ia dijangkakan akan berterusan. Seterusnya, harga diramalkan akan bergerak hingga ke garisan sokongan di tahap 1.3050.

USD/CHF: Pasangan mata wang USD/CHF berhimpun dengan keadaan lemah pada hari Selasa, tetapi ia masih berkemungkinan untuk berterusan. Isyarat kenaikkan harga masih sah: EMA 11 berada di atas EMA 56, manakala tempoh RSI 14 pula berada di atas tahap 50. Dan kami meramalkan akan berlaku pergerakkan menaik, harga hampir menembusi tahap 0.9250 untuk pergerakkan menaik, selepas itu ia akan menembusi tahap rintangan pada 0.9300.

GBP/USD: Secara umumnya, prospek bagi pasaran mata wang ini adalah pergerakkan menurun, dengan perhimpunan jangka pendek dan diikuti penarikan semula harga pada jangka pendek. Ya, EMA 11 masih berada di bawah EMA 56, manakala Julat Peratusan Williams berada hampir dengan wilayah oversold. Harga bagi pasangan mata wang ini berada di bawah zon pengedaran pada tahap 1.6100 dan tidak lama lagi akan mencecah zon pengumpulan pada tahap 1.6000.

USD/JPY: Pada ketika ini, tiada dagangan beli baru disyorkan bagi pasangan mata wang USD/JPY. Harga masih berada di atas EMA 56, tetapi tempoh RSI 14 pula berada di bawah tahap 50. Terdapat dua kemungkinan senario: 1) Sekiranya tempoh RSI 14 kembali bergerak di atas tahap 50, maka, ia akan menyatakan isyarat Beli; 2) Sekiranya harga kemudiannya jatuh di bawah EMA, maka prospek dominan akan menjadi penurunan harga.

EUR/JPY: Baru-baru ini prospek kenaikkan harga kelihatan pada pasangan mata wang EUR/PY diancam sebagaimana JUlat Peratusan Williams telah bergerak masuk ke dalam wilayah oversold. EMA 11 masih lagi berada di atas EMA 56, oleh yang demikian, kita harus menunggu sehingga harga bergerak di bawah dua EMA sebelum posisi baru dibuka. Dan sekiranya ia tidak berlaku, maka kita akan mempunyai peluang baru untuk membuka kedudukan beli.

