logo

FX.co ★ Analisis Teknikal Pasangan Mata Wang GBP/USD pada 6 Disember 2021

Analisis Teknikal Pasangan Mata Wang GBP/USD pada 6 Disember 2021

Gambaran Teknikal Pasaran

Pasangan mata wang GBP/USD melantun dari tahap 1.3194 telah dihadkan pada zon rintangan jangka pendek utama yang terletak di antara tahap 1.3352 - 1.3370. Pasaran diterbalikkan dan perlahan-lahan bergerak lebih rendah menuju ke arah tahap rendah minggu lepas, tetapi setakat ini ia dilihat masih didagangkan di atas tahap 1.3194. Sebarang penembusan harga pada tahap ini akan mengakibatkan pecutan penjualan ke arah tahap 1.3166 dan 1.3121 sekali lagi. Hanya penembusan harga yang berterusan di atas zon rintangan jangka pendek utama 1.3352 - 1.3370 akan mengubah prospek pasaran kepada kenaikan harga selanjutnya dalam tempoh masa terdekat.

Tahap Pivot Mingguan:

WR3 - 1.3481

WR2 - 1.3425

WR1 - 1.3309

Pivot Mingguan - 1.3251

WS1 - 1.3131

WS2 - 1.3078

WS3 - 1.2955

Tinjauan Dagangan:

Trend penurunan harga pada carta masa yang lebih besar sedang dilanjutkan, tetapi hanya penembusan harga yang berterusan di atas tahap 1.3514 akan meningkatkan prospek pasaran kepada kenaikan selanjutnya dengan sasaran terletak pada tahap 1.4200. 200 WMA telah pun ditembusi, oleh yang demikian, pasaran berada dalam aliran menurun dengan sasaran jangka panjang terletak pada 1.2668 (tahap rendah September 2020).Analisis Teknikal Pasangan Mata Wang GBP/USD pada 6 Disember 2021

*Analisis pasaran yang dipaparkan di sini hanya bertujuan untuk meningkatkan kesedaran anda, tetapi bukan sebagai petunjuk untuk anda melakukan perdagangan
Pergi ke senarai artikel Pergi ke artikel pengarang ini Buka akaun dagangan