logo

FX.co ★ Analisis Indikator: Ulasan Harian Pasangan Mata Wang EUR/USD pada 27 Mei, 2020

Analisis Indikator: Ulasan Harian Pasangan Mata Wang EUR/USD pada 27 Mei, 2020

Pasangan mata wang EUR/USD ini diniagakan menaik pada Selasa dan hampir menguji tahap rintangan bersejarah 1.1001 (dinyatakan dalam garis putus-putus biru). Hari ini, harga berpotensi untuk turun semula. Berita kalendar ekonomi untuk mata wang euro dijadualkan akan dikeluarkan pada jam 07:30 UTC.

Analisis aliran harga (Rajah 1).

Hari ini, penarikan semula aliran menurun diramalkan dari tahap 1.0985 (penutupan graflilin semalam) dengan sasaran terletak pada tahap 1.0935 - Penarikan Semula 50.0% (dinyatakan dalam garis putus-putus merah). Sekiranya tahap ini berjaya ditembusi, pasangan mata wang EUR/USD ini berpotensi untuk bergerak turun dengan sasaran terletak pada tahap 1.0920 - Penarikan Semula 61.8% (dinyatakan dalam garis putus-putus merah). Dari tahap ini, penarikan semula menaik mungkin dilihat dengan sasaran pada fraktal lebih tinggi 1.0997 (dinyatakan dalam garis putus-putus merah).

Analisis Indikator: Ulasan Harian Pasangan Mata Wang EUR/USD pada 27 Mei, 2020

Rajah 1 (Jadual Harian).

Analisis Komprehensif:

- Analisis indikator - menurun;

- Tahap Fibonacci - menurun;

- Volume - menurun;

- Analisis graflilin - menurun;

- Analisis trend - menaik;

- Bollinger lines - menaik;

- Jadual mingguan - menaik;

Kesimpulan umum:

Hari ini, pasangan mata wang EUR/USD berkemungkinan besar akan diniagakan menurun dengan sasaran terletak pada tahap 1.0920 - Penarikan Semula 61.8% (dinyatakan dalam garis putus-putus merah). Dari tahap ini, penarikan semula menaik adalah dijangkakan.

Satu lagi senario yang mungkin berlaku ialah trend kenaikan harga dari 1.0935 - Penarikan Semula 50.0% (dinyatakan dalam garis putus-putus merah) dengan sasaran pada fraktal lebih tinggi 1.0997 (dinyatakan dalam garis putus-putus merah).

*Analisis pasaran yang dipaparkan di sini hanya bertujuan untuk meningkatkan kesedaran anda, tetapi bukan sebagai petunjuk untuk anda melakukan perdagangan
Pergi ke senarai artikel Pergi ke artikel pengarang ini Buka akaun dagangan