

Pasangan mata wang GBP/USD telah memulakan dagangan di tahun baru dengan pergerakkan kenaikkan harga yang tajam di atas tahap 1.6300. Sepertimana yang kita lihat pada carta, penolakan harga yang terakhir telah membentuk 'inverted hanging man' pada cartalilin harian menunjukkan penembusan yang salah di atas tahap 1.6300.
Pada carta 4H, pasangan mata wang GBP/USD menyatakan reaksi tindakan penurunan harga yang ketara ke arah tahap 1.6300 dan mewujudkan zon rintangan yang ketara.
Pada minggu lepas, tahap tinggi bulan lalu iaitu pada tahap 1.6307 telah diuji semula dengan tindakan penurunan harga yang ketara, yang mana ia telah meningkatkan gambaran penurunan harga bagi pasangan mata wang tersebut.
Pengukuhan bagi pasangan mata wang di bawah Zon Harga Sokongan Urusniaga Harian pada tahap 1.6125-1.6100 adalah perlu untuk mengekalkan pergerakan penurunan harga dalam jangka pendek. Walau bagaimanapun, penarikan semula kenaikkan harga yang berlaku pada minggu ini, yang mana pasangan mata wang telah berdagang di sekitar tahap 1.6080 (bahagian belakang penembusan pada saluran kenaikkan harga) awal hari ini mungkin membentuk kesinambungan bercorak Head and Shoulders dan mensasarkan pada tahap 1.5930-1.5900 sebelum arah aliran berbalik untuk menguji semula kawasan 1.6170-1.6200 .
Pengesahan bagi corak yang berkemungkinan ini mungkin memerlukan penetapan di bawah tahao 1.6010 dengan kedudukan SL di atas 1.6080.
Kekuatan pergerakan penurunan semasa menunjukkan dominasi penurunan harga, kecenderungan penurunan harga kelihatan pada tahap sokongan semasa pada 1.6100, 1.6050 dan seterusya pada tahap sokongan 1.5900 dan tahap rendah bulan November akan menjadi tahap utama bagi menembusi gambaran penurunan harga yang seterusnya.
Zon Harga di tahap 1.6170 harus diperhatikan untuk tindakan penurunan harga dan kemasukan kedudukan JUAL yang sah dengan kedudukan SL hanya terletak di atas tahap 1.6220.
