
Kadar spot ketika ini sedang menguji rintangan pertengahan bagi saluran penurunan sederhana pada 1.6150.Ia seperti penurunan sedang dimulakan.Walaubagaimanapun, penembusan pada tahap ini akan membebaskn potensi yang besar dan mencecah had atas pada salurannya.
Penanda teknikal tidak menyediakan isyarat yang jelas dan sehingga tahap rintangan tidak ditembusi,andaian penurunan adalah yang paling mungkin.Bollinger band telah stabil menunjukkan turun naik yang sederhana.
Kadar spot sekarang sedang menguji rintangan pertengahan pada salurannya,kami mencadangkan 2 senario:yang pertama adalah hipotesis untuk penurunan dimana kami mencadangkan untuk jual pada tahap 1.6150 dengan objektif 1 pada 1.6090 dan kemudian pada 1.6070.Penembusan pada 1.6170 akan membatalkan senario ini.Senario yang kedua adalah penembusan rintangan dimana kami mencadangkan "buy stop" bermakna membeli kadar spot sejurus selepas ia menembusi tahap rintangan pada 1.6150 dengan objektif 1 pada 1.6210 dan kemudian pada 1.6230.Penembusan 1.6130 akan membatalkan senario ini.
