logo

FX.co ★ Analisis Gelombang Ringkas dan Ramalan Perdagangan Pasangan Mata Wang GBP/USD dan AUD/USD pada 22 Jun, 2020

Analisis Gelombang Ringkas dan Ramalan Perdagangan Pasangan Mata Wang GBP/USD dan AUD/USD pada 22 Jun, 2020

Pasangan Mata Wang GBP/USD

Analisis:

Arah aliran jangka pendek bagi mata wang pound Britain ditetapkan oleh algoritma gelombang menaik dari 18 Mac. Struktur penurunan semasa dari 10 Jun melebihi tahap penarikan semula. Ia melengkapkan model pembetulan keseluruhan pada gelombang semasa.

Ramalan Perdagangan:

Dalam sesi dagangan yang akan datang, vektor pergerakan harga mendatar dijangkakan. Selepas tekanan pada zon rintangan, terdapat kebarangkalian yang tinggi untuk pembalikan dan pengembalian ke tahap penurunan.

Zon pembalikan yang berpotensi

Rintangan:

- 1.2450/1.2480

Sokongan:

- 1.2370/1.2340

Cadangan Perdagangan:

Pembelian pound hari ini agak berisiko. Pada tahap rintangan yang dijangkakan, adalah disarankan kepada para pedagang untuk mengesan isyarat pembalikan harga untuk memasuki pesanan menjual.

Analisis Gelombang Ringkas dan Ramalan Perdagangan Pasangan Mata Wang GBP/USD dan AUD/USD pada 22 Jun, 2020

Analisis:

Arah aliran jangka panjang ditetapkan oleh gelombang menaik carta harian dari 19. Mac. Kadar trend jangka pendek membentuk pergerakan pembetulan harga mulai 2 Jun. Gelombang terbentuk di satah lateral. Strukturnya tidak lengkap sewaktu analisis ini ditulis.

Ramalan Perdagangan:

Hari ini, kita dapat menjangkakan harga bagi pasangan mata wang ini akan terus bergerak dalam aliran mendatar, antara zon kaunter paling hampir. Penembusan harga pada had rintangan lebih tinggi adalah diramalkan. Anda boleh menjangkakan kadar pertukaran akan berubah dan harga akan turun pada penghujung hari.

Zon pembalikan yang berpotensi

Rintangan:

- 0.6890/0.6920

Sokongan:

- 0.6820/0.6790

Cadangan Perdagangan:

Berdagang dalam pasaran pasangan mata wang hari ini hanya dapat dilakukan dalam carta harian. Keutamaan adalah penjualan instrumen. Adalah lebih wajar untuk mengurangkan lot urus niaga.

Analisis Gelombang Ringkas dan Ramalan Perdagangan Pasangan Mata Wang GBP/USD dan AUD/USD pada 22 Jun, 2020

Penjelasan: Dalam analisis gelombang ringkas (UVA), gelombang terdiri daripada 3 bahagian (A-B-C). Gelombang terakhir yang tidak lengkap dianalisis. Latar belakang anak panah yang padat menunjukkan struktur yang terbentuk, dan yang putus-putus menyatakan pergerakan harga yang diramalkan.

Catatan: Algoritma gelombang tidak mengambil kira jangka masa pergerakan instrumen dalam masa!

*Analisis pasaran yang dipaparkan di sini hanya bertujuan untuk meningkatkan kesedaran anda, tetapi bukan sebagai petunjuk untuk anda melakukan perdagangan
Pergi ke senarai artikel Pergi ke artikel pengarang ini Buka akaun dagangan