
Pasangan mata wang GBP/USD memulakan dagangan ditahun baru dengan pergerakkan kenaikkan harga yang tajam di atas tahap 1.6300. Sepertimana yang kita lihat pada carta, penolakan terakhir berakhir dengan pembentukkan 'inverted hanging man' pada cartalilin harian yang menunjukkan penembusan yang salah di atas tahap 1.6300 dan menghasilkan zon rintangan yang ketara.
Penarikan semula kenaikkan harga telah berlaku pada minggu lalu selepas pasangan mata wang ini menguji di tahap 1.6000, yang mana mata wang telah berdagang disekitar tahap 1.6175 (Bahagian bawah pada penembusan kenaikkan harga dan Tahap Fibonacci 50%).
Harga di tahap 1.6115 dan 1.6080 telah ditembusi semalam sekaligus ia telah mengesahkan kecenderungan penurunan harga bagi pasangan mata wang jangka pendek. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa pembetulan dari tahap rendah Isnin pada 1.6030 yang mana ia terletak di atas zon sokongan urusniaga harian kritikal disekitar tahap 1.6000 - 1.5990. Kerugian akan menghasilkan momentum penurunan harga yang besar ke arah 1.5960 dan kemudian ke tahap 1.5900.
Tahap Harga 1.6080 dan 1.6170 harus diperhatikan untuk tindakan penurunan harga dan kedudukan JUAL yang seterusnya dengan SL hanya terletak di atas tahap 1.6220.
