Pasangan Mata Wang EUR/USD
Analisis:
Trend euro dalam tempoh enam bulan terakhir adalah menaik. Bahagian terakhir yang belum selesai bermula pada 7 Mei. Sejak awal bulan semasa, harga telah disesuaikan di dalamnya, membentuk pasawat ke arah bawah. Struktur gelombang ini tidak mempunyai bahagian akhir.
Ramalan Perdagangan:
Trend menurun diramalkan pada sesi perdagangan yang seterusnya. Sekiranya had bawah sokongan paling hampir ditembusi, maka penurunan akan dilanjutkan ke zon seterusnya. Menjelang penghujung hari, kebarangkalian untuk pasangan mata wang EUR/USD ini mengubah arah pergerakan harga adalah tinggi.
Zon pembalikan yang berpotensi
Tahap Rintangan:
- 1.1270/1.1300
Tahap Sokongan:
- 1.1200/1.1170
- 1.1120/1.1090
Cadangan Perdagangan:
Berdagang euro di pasaran hari ini boleh dilakukan dalam urusniaga harga harian. Tidak ada syarat untuk pembelian. Melihat kepada sifat penurunan harga yang sementara, maka adalah lebih baik untuk mengurangkan saiz lot semasa anda mengambil pesanan menjual.

Pasangan Mata Wang USD/JPY
Analisis:
Pada carta yen Jepun, bahagian pembetulan (B) terus terbentuk dalam gelombang menaik carta harian. Bahagian bawah dari 5 Jun melebihi had penarikan semula trend. Ini adalah fasa terakhir gelombang penurunan harga. Merujuk kepada carta dagangan, dua minggu terakhir telah membentuk pembetulan dalam bentuk satah terbentang.
Ramalan Perdagangan:
Pada hari-hari yang akan datang, pengakhiran kenaikan, pembentukan pembalikan hagra, dan permulaan penurunan harga diramalkan akan berlaku. Tahap penurunan harga wajar ditunggu pada penghujung hari ini atau esok. Penembusan harga oada zon sokongan tidak mungkin berlaku pada hari ini.
Zon pembalikan yang berpotensi
Tahap Rintangan:
- 107.90/108.20
Tahap Sokongan:
- 107.10/107.10
Cadangan Perdagangan:
Mengambil pesanan membeli yen pada hari ini adalah sangat berisiko. Di zon rintangan, disarankan kepada para pedagang untuk mengesan isyarat kemasukan pesanan menjual instrumen.

Penjelasan: Dalam analisis gelombang ringkas (UVA), gelombang terdiri daripada 3 bahagian (A-B-C). Gelombang terakhir yang tidak lengkap dianalisis. Latar belakang anak panah yang padat menunjukkan struktur yang terbentuk, dan garis putus-putus menunjukkan pergerakan yang diharapkan.
Catatan: Algoritma gelombang tidak mengambil kira tempoh pergerakan instrumen dalam masa!
