logo

FX.co ★ Ramalan Dagangan untuk Isnin (21 Januari, 2013)

Ramalan Dagangan untuk Isnin (21 Januari, 2013)

EURUSD: Tinjauan umum bagi pasangan mata wang EURUSD kekal dalam mod kenaikkan harga, walaupun kenaikkan harga mempunyai beberapa kesukaran untuk menolak harga ke tahap yang lebih tinggi. Julat% Williams dan EMA menyokong gambaran kenaikkan harga, dan oleh kerana itu, kita perlu menunggu untuk pengesahan penurunan harga sebelum membuka kedudukan jual. Sekiranya harga gagal untuk menembusi garisan sokongan pada tahap 1.3300 untuk pergerakkan arah bawah, maka, ia berpotensi untuk bergerak naik.

Ramalan Dagangan untuk Isnin (21 Januari, 2013)

USDCHF: Pasangan mata wang USDCHF mempunyai beberapa penentuan untuk kenaikkan harga, tetapi pasaran mata wang ini sedang bergerak di dalam beberapa julat. Kini, harga berayun di antara tahap rintangan 0.9350 dan tahap sokongan pada 0.9300. Penembusan di bawah tahap sokongan 0.9300 atau di atas tahap rintangan 0.9350 akan menentukan pemenang seterusnya didalam pasaran, terutamanya apabila harga metutup di atas atau di bawah pada salah satu tahap harga seperti yang dinyatakan di atas.

Ramalan Dagangan untuk Isnin (21 Januari, 2013)

GBPUSD: Gambaran penurunan harga bagi cable masih sah, tanpa mengambil kira bahawa harga telah melantun ke atas dari zon pengumpulan pada tahap 0.5850. Hanya penembusan di atas wilayah harga 1.5900 boleh menimbulkan ancaman kepada keadaan semasa. Sekiranya tidak, ia adalah mustahil untuk harga mencapai wilayah pengumpulan pada tahap 0.5800.

Ramalan Dagangan untuk Isnin (21 Januari, 2013)

USDJPY: Dalam konteks kenaikkan harga, pasangan mata wang USDJPY telah mengalami sedikit pembetulan ke arah bawah. Pembetulan yang tidak dijangkakan ini akan bergerak menurun ke tahap permintaan pada 89.00 (yang merupakan senario kes terburuk). Pada umumnya, konteks kenaikkan harga masih sah dan oleh kerana itu, peluang untuk membeli yang baik masih dinanti-nantikan.

Ramalan Dagangan untuk Isnin (21 Januari, 2013)

EURJPY: Sama seperti rakan sejawatannya, pasangan mata wang USDJPY, cross ini telah mengalami sedikit pembetulan. Petunjuk pada carta masih menunjukkan beberapa penentuan kenaikkan harga. Harga dijangkakan tidak akan bergerak di bawah tahap permintaan pada 119.00, atau akan terdapat beberapa ancaman pada kecenderungan semasa.

Ramalan Dagangan untuk Isnin (21 Januari, 2013)

*Analisis pasaran yang dipaparkan di sini hanya bertujuan untuk meningkatkan kesedaran anda, tetapi bukan sebagai petunjuk untuk anda melakukan perdagangan
Pergi ke senarai artikel Buka akaun dagangan