Cadangan perdagangan untuk pasangan mata wang EUR/USD pada 24 Julai
Pasangan mata wang EUR/USD
Analisis urusniaga
Euro, walaupun tidak dengan segera, telah melonjak setelah harga melepasi tahap 1.1588, yang mencapai nilai sasaran 1.1624. Alasannya adalah ekoran daripada data lemah di pasaran buruh AS, yang melemahkan kedudukan dolar AS dalam carta perdagangan.
Hari ini, sejumlah laporan makroekonomi penting di zon Eropah akan diterbitkan, di mana sekiranya terdapat peningkatan aktiviti di kedua-dua sektor pembuatan dan perkhidmatan, harga akan meningkat dalam carta perdagangan. Tetapi sekiranya data ternyata lebih lemah berbanding ramalan, penurunan kemungkinan akan berlaku pada akhir minggu.
Oleh demikian,
- Meletakkan kedudukan membeli apabila sebut harga telah mencapai tahap 1.1619 (garis hijau pada carta), dengan sasaran pada tahap 1.1655. Ia mungkin berlaku setelah data aktiviti ekonomi di Jerman diterbitkan. Keluar dari pasaran apabila harga mencapai tahap 1.1655.
- Meletakkan kedudukan menjual apabila harga mencecah tahap 1.1586 (garis merah pada carta), dengan sasaran pada tahap 1.1542. Untuk menurun harga lebih banyak lagi, petunjuk aktiviti yang lemah di zon Eropah adalah diperlukan, kerana ini akan memberi kesan negatif terhadap prospek pemulihan ekonomi. Oleh demikian, perkara yang terbaik adalah menjual pasangan EUR/USD selepas pelepasan laporan, dan bukan sebelum laporan tersebut. Keluar dari pasaran apabila harga berada pada tahap 1.1542.

Cadangan perdagangan untuk pasangan mata wang GBP/USD pada 24 Julai
Pasangan mata wang GBP/USD
Analisis urusniaga
Sebut harga menguji tahap 1.2722, yang menyebabkan penurunan harga dalam carta perdagangan.

Sejumlah laporan penting untuk United Kingdom akan diterbitkan pada hari ini, salah satunya adalah data terbaru mengenai penjualan runcit. Berita ini akan disusuli oleh laporan mengenai kegiatan di sektor perkhidmatan, yang merupakan sebahagian besar ekonomi UK. Petunjuk ini sangat penting sehingga arah selanjutnya peregrakan pound bergantung padanya.
- Meletakkan kedudukan membeli apabila sebut harga mencapai tahap 1.2748 (garis hijau pada carta), sasaran pada tahap 1.2776 (garis hijau yang lebih tebal pada carta). Sekiranya data mengenai PMI dikeluarkan adalah memberangsangkan, kadar pasangan mata wang GBP/USD akan meningkat dalam carta perdagangan. Ambil untung (TP) apabila sebut harga mencapai nilai 1.2776.
- Meletakkan kedudukan menjual apabila harga mencecah tahap rendah hari ini, iaitu tahap 1.2722 (garis merah pada carta). Ini kerana biasanya, penembusan dari paras rendah menyebabkan penjualan besar dalam pasangan mata wang, kerana keuntungan diambil (TP) pada kedudukan membeli yang telah terkumpul sepanjang tren. Ujian terhadap tahap akan menyebabkan penurunan harga ke tahap 1.2686, di mana perkara yang terbaik adalah keluar dari pasaran.

