EUR/USD: Pasangan mata wang EUR/USD berdagang dalam julat hampir sepanjang hari Isnin, 21 Januari, 2013. Prospek kenaikkan harga masih sah, walaupun ia menjadi tidak stabil disebabkan oleh Julat Peratusan Williams jatuh di bawah tahap -50. Kejatuhan harga di bawah garis sokongan 1.3300 akan menjadi permulaan untuk ancaman yang serius kepada kenaikkan harga.

USD/CHF: Mengejutkan dan menarik, prospek bagi pasangan mata wang USD/CHF hampir serupa dengan pasangan mata wang EUR/USD. Ini adalah sesuatu yang cukup menghairankan, tetapi ia tidak akan berlanjutan, sebagai mana yang telah diperkatakan lebih awal pada hari Isnin. Sebagai mana pasangan mata wang EUR/USD, berpotensi untuk ancaman penurunan harga, iaitu apabila Julat Peratusan William berada di bawah tahap -50, sebagaimana harga cuba untuk menembusi (dan, bermungkinan, penembusan untuk pergerakkan arah bawah) pada tahap sokongan 0.9300.

GBP/USD: Cabel kekal sangat lemah buat masa sekarang, dan akan terus menjadi lemah sehingga terdapat beberapa fundamental yang kukuh berupaya untuk mengubah keseluruhan senario. Tempoh RSI 14 berada di bawah tahap 50, dan harga telah bersedia untuk mencecah zon pengumpulan pada tahap 1.5800 sekali lagi (ia telah disentuh sekali).Perhatikan lebih banyak peluang untuk kedudukan jual yang masih sah.

USD/JPY: Pembetulan masih lagi berlaku bagi pasangan mata wang USD/JPY, Meskipun prospek pergerakkan menaik masih sah. Untuk memastikan gambaran kenaikkan harga berlaku, harga perlu untuk menembusi zon permintaan pada tahap 89.00 untuk pergerakkan arah bawah, sebaliknya harga akan menembusi zon bekalan pada tahap 90.00 untuk pergerakkan arah atas. Oleh yang demikian, ini adalah merupakan gambaran umum untuk minggu ini.

EUR/JPY: Selain daripada pembetulan kecil untuk pergerakkan menurun pada minggu ini, Tinjauan pada cross adalah merupakan kenaikkan harga. Walau bagaimanapun, harga perlu bergerak di atas zon permintaan pada tahap 119.00 bagi mengesahkan gambaran ini. Atau, menembusi pada zon bekalan di tahap 120.00 untuk pergerakkan arah atas, dan kemudian akan memulakan arah aliran menaik sekali lagi.

