logo

FX.co ★ Analisis dan cadangan perdagangan untuk pasangan mata wang EUR/USD dan GBP/USD pada 28 Julai

Analisis dan cadangan perdagangan untuk pasangan mata wang EUR/USD dan GBP/USD pada 28 Julai

Cadangan perdagangan untuk pasangan mata wang EUR/USD pada 28 Julai

Pasangan mata wang EUR/USD

Analisis urusniaga

Kenaikkan harga membentuk isyarat membeli yang baik setelah harga mencecah tahap 1.1718. Ini menyebabkan kenaikan mendadak ke tahap 1.1750 dan membawa keuntungan sekitar 30 mata.

Analisis dan cadangan perdagangan untuk pasangan mata wang EUR/USD dan GBP/USD pada 28 Julai

Hari ini, perhatian akan diberikan kepada laporan makroekonomi yang akan datang seperti data mengenai keyakinan pengguna di Amerika Syarikat, yang mungkin mempengaruhi arah mata wang Eropah. Data yang buruk akan menyebabkan penurunan pasangan EUR/USD, jadi adalah perlu untuk melihat penjualan pada waktu petang.

  • Meletakkan kedudukan membeli apabila sebut harga mencapai tahap 1.1745 (garis hijau pada carta), dengan sasaran kenaikan ke tahap 1.1795. Perkara itu mungkin berlaku pada waktu pagi di tengah-tengah laporan mengenai keadaan ekonomi Jerman. Sekiranya data mengenai keyakinan pengguna diterbitkan dengan memberangsangkan, harga euro akan meningkat dalam carta perdagangan. Keluar dari pasaran pada tahap 1.1795.
  • Meletakkan kedudukan menjual apabila harga mencecah tahap 1.1708 (garis merah pada carta), dengan sasaran penurunan ke tahap 1.1656. Walau bagaimanapun, perkara tersebut mungkin berlaku hanya pada separuh kedua hari ini, setelah laporan mengenai keadaan ekonomi AS diterbitkan. Keluar dari pasaran pada tahap 1.1656.

Analisis dan cadangan perdagangan untuk pasangan mata wang EUR/USD dan GBP/USD pada 28 Julai

Cadangan perdagangan untuk pasangan mata wang GBP/USD pada 28 Julai

Pasangan mata wang GBP/USD

Analisis urusniaga

Menjual pound Britain dari tahap 1.2824 tidak membawa keuntungan yang besar, kerana pergerakan dari harga hanya sekitar 16-18 mata. Sebaliknya, isyarat membeli lain untuk pound pada tahap 1.2851 sememangnya lebih berkesan, dan ia membawa keuntungan sekitar 45 mata.

Analisis dan cadangan perdagangan untuk pasangan mata wang EUR/USD dan GBP/USD pada 28 Julai

Tiada data penting mengenai ekonomi UK yang dijangka pada hari ini. Oleh demikian, pound hanya akan berkembang sekiranya dolar AS secara terus menurun di pasaran forex.

  • Meletakkan kedudukan membeli apabila sebut harga mencapai tahap 1.2877 (garis hijau pada carta), dengan sasaran kenaikan ke tahap 1.2925 (garis hijau yang lebih tebal pada carta). Ambil keuntungan (TP) apabila harga berada pada tahap 1.2925.
  • Meletakkan kedudukan menjual setelah harga mencapai tahap 1.2836 (garis merah pada carta), dengan sasaran penurunan ke tahap 1.2780. Walau bagaimanapun, ini adalah perdagangan dengan tren, jadi urusniaga perlu dilaksanakan dengan sangat berhati-hati untuk mengelakkan kehilangan keuntungan. Tutup kedudukan pada tahap 1.2780.Analisis dan cadangan perdagangan untuk pasangan mata wang EUR/USD dan GBP/USD pada 28 Julai
*Analisis pasaran yang dipaparkan di sini hanya bertujuan untuk meningkatkan kesedaran anda, tetapi bukan sebagai petunjuk untuk anda melakukan perdagangan
Pergi ke senarai artikel Pergi ke artikel pengarang ini Buka akaun dagangan