
Kadar spot sedang menghampiri had yang lebih rendah pada saluran kenaikkan harga sederhana panjang di tahap 117.20 mencadangkan lantunan semula. Walau bagaimanapun, penembusan pada tahap ini akan membebaskan potensi yang besar dan memulakan saluran penurunan harga yang lebih pantas.
Petunjuk teknikal menunjukkan isyarat menjual, tetapi selagi tahap sokongan masih belum ditembusi andaian lantunan semula adalah yang paling mungkin. Bollinger band yang telah banyak mengukuh untuk beberapa hari kebelakangan ini menunjukkan penurunan dalam volatiliti dan kesegeraan pergerakan pantas.
Kadar spot sedang menguji had yang lebih rendah pada saluran, kami mencadangkan 2 senario. Yang pertama adalah hipotesis lantunan semula di mana kami mencadangkan beli pada tahap 117.20 dengan objektif 1 pada 117.80 dan kemudian pada 118.00. Penembusan di tahap 117.60 akan membatalkan senario ini. Senario kedua pula adalah penembusan pada tahap sokongan di mana kami menasihati agar "sell stop" yang bermaksud jual kadar spot dengan seberapa segera kerana ia telah menembusi tahap sokongan pada 117.20 dengan objektif 1 pada 116.60 dan kemudian pada 116.40. Penembusan di tahap 117.40 akan membatalkan senario ini.
