Hanya terdapat sedikit aktiviti dagangan pada hari Isnin, tetapi pasaran beroperasi pada pergerakkan pantas semasa sesi dagangan hari ini.
Indeks ZEW Jerman, menandakan iklim kewangan negara di mana ia menunjukkan angka sebanyak 31.5 mata, lebih tinggi daripada apa yang dijangkakan, kembali pada kenaikkan mata wang euro pada jangka pendek.
Mata wang tunggal menurun dengan pantas pada tahap 1,33, tetapi ia akan pulih tidak lama lagi dan perhatikan kawasan 1.3375, yang mana ia adalah merupakan tahap rintangan yang kuat, di mana ia akan membolehkan pasangan EUR/USD menembusi terus ke arah tahap 1.34.
Pound juga pulih selepas mencecah tahap 1.58 dan mula bergerak secara perlahan-lahan ke arah atas. Dari sudut pandangan teknikal mata wang ini telah mengukuh, dalam perbezaan di antara petunjuk momentum dan kekuatan relatif berbanding dengan harga saham. Penembusan di tahap 1.5885 juga akan menyebabkan pergerakan menaik bagi mata wang British untuk beberapa jam yang akan datang.
Sementara itu, kedudukan mata wang yen terus pulih, selepas mesyuarat Bank Jepun, yang memutuskan dasar monetari negara. Dengan rancangan bahawa sebanyak 13 trillion yen sebulan untuk pembelian sekuriti tambahan ditunda sehingga Januari 2014, mata wang yen meningkat manakala saham pula merosot. Seperti yang telah banyak kali kita nyatakan, kami percaya bahawa pasangan USD/JPY berpotensi untuk kembali sekurang-kurangnya ke kawasan 85.50 untuk beberapa hari yang akan datang.
Pada masa yang sama, mata wang Eropah hilang kekuatan berbanding yen, dari tahap tertinggi yang telah dicatatkan beberapa hari yang lalu. Kelemahan relatif pound telah menjadikan pasangan mata wang GBP/JPY sebagai pasaran yang paling tidak menentu pada masa ini.
Ikuti data yang paling utama untuk hari ini: laporan jualan runcit Kanada (8:00 ET) dan jualan rumah sedia ada AS (10:00 ET).
