logo

FX.co ★ Cadangan perdagangan untuk pasangan mata wang GBP/USD pada 28 Ogos 2020

Cadangan perdagangan untuk pasangan mata wang GBP/USD pada 28 Ogos 2020

Pound diniagakan melonjak pada minggu ini, akibatnya harga berjaya bergerak melepasi bahagian mendatar yang terletak di kawasan 1.2985 // 1.3085 // 1.3185, dan mengemas kini tahap tinggi tempatan 1.3265.

Senario ini disebabkan oleh kelemahan dolar AS di pasaran, yang banyak membantu menaikkan kadar pasangan mata wang GBP/USD.

Walau bagaimanapun, tahap overbought yang sangat tinggi dalam pound secara cepat atau lambat akan menyebabkan kejatuhan mata wang yang tidak terkawal di pasaran, sehingga operasi tempatan dianggap sebagai perdagangan terbaik pada masa ini.

Oleh demikian, sekiranya kita melihat carta masa M30 untuk semalam, kita akan melihat bahawa kedudukan panjang (pesanan membeli) melonjak pada 13: 45-14: 15, selepas itu kedudukan pendek (pesanan menjual) muncul pada 14: 20-15: 05.

Ini menghasilkan volatiliti yang tertinggi sejak awal minggu, berjumlah sebanyak 121 mata, yang 5% lebih tinggi berbanding nilai purata.

Sebagai tambahan, anggaran kedua untuk KDNK suku kedua (Q2) AS dikeluarkan semalam, di mana mencatatkan penurunan kepada -31.7% berbanding pertumbuhan ekonomi yang perlahan kepada -32.9%.

Pada masa yang sama, data mingguan mengenai tuntutan pengangguran juga diterbitkan, di mana catatan adalah menurun berdasarkan laporan itu.

Permohonan berulang dikurangkan sebanyak 223 ribu, dari 14,758,000 menjadi 14,535,000, sementara permohonan awal menurun sebanyak 98 ribu, dari 1,104,000 menjadi 1,006,000.

Meskipun data ini kelihatan memberangsangkan, tindak balas negatif dari pelaku pasaran dapat diperhatikan. Faktor kepada senario tersebut adalah spekulasi yang berkaitan dengan ucapan Pengerusi Fed Jerome Powell baruu-baru ini mengenai dasar monetari.

Semasa simposium ekonomi tahunan di Jackson Hole berlangsung, Powell mengumumkan semakan semula mengenai dasar Fed.

"Sasaran inflasi jangka panjang kami masih 2%. Namun, sekiranya angka bacaan jatuh di bawah catatan seperti yang disasarkan setelah kemerosotan ekonomi, dan tidak pernah meningkat di atasnya dalam ekonomi yang kuat, inflasi akan secara purata kurang dari 2% dari semasa ke semasa. Isi rumah dan perniagaan akan menjangkakan keputusan ini, yang bermaksud bahawa jangkaan cenderung jatuh di bawah sasaran kita, sehingga mengurangkan inflasi yang direalisasikan.

Untuk mengelakkan keputusan seperti itu dan kemungkinan dinamik yang tidak menguntungkan, pernyataan baru kami menunjukkan bahawa kami akan berusaha untuk inflasi secara purata 2% dari semasa ke semasa. Oleh demikian, semasa tempoh inflasi turun di bawah catatan 2%, dasar monetari yang sesuai akan dikeluarkan. "

Cadangan perdagangan untuk pasangan mata wang GBP/USD pada 28 Ogos 2020

Minggu depan adalah dijangka berlangsung dari segi statistik. Pertama, data mengenai pasaran pinjaman UK akan diterbitkan, seterusnya laporan ADP dan Jabatan Tenaga Kerja AS akan mengeluarkan laporan mereka mengenai pasaran buruh AS.

Isnin, 31 Ogos

UK - Bank cuti (Hujung minggu)

Selasa, 1 September

UK jam 09:30 - PMI Pembuatan (Ogos)

UK jam 09:30 - Data mengenai pasaran pinjaman

- Jumlah pinjaman pengguna oleh Bank of England (Julai)

- Jumlah gadai janji yang diluluskan (Julai)

- Jumlah pinjaman gadai janji (Julai)

AS jam 5:00 - PMI Pembuatan ISM (Ogos)

Rabu, 2 September

AS jam 13:15 - Laporan ADP mengenai pekerjaan di sektor swasta (Ogos)

Khamis, 3 September

AS jam 13:30 - Laporkan tuntutan tuntutan pengangguran

AS jam 15:00 - PMI Bukan Pembuatan ISM (Ogos)

Jumaat, 4 September

AS jam 13:30 - laporan oleh Jabatan Tenaga Kerja AS

- Perubahan bilangan orang yang bekerja di sektor bukan pertanian

- Kadar pengangguran

- Gaji purata setiap jam

Perkembangan selanjutnya

Dengan mempelajari carta perdagangan, kita dapat melihat bahawa suasana menaik muncul semasa sesi perdagangan Asia, dan ini mengakibatkan harga bergerak melepasi paras tinggi tempatan, ke arah harga 1.3300.

Walau bagaimanapun, rintangan akan menjadi kuat di sekitar kawasan ini, jadi pergerakan akan menjadi perlahan di carta. Di samping itu, sekiranya statistik yang dijangkakan bertepatan dengan angka sebenar pada minggu depan, harga akan melonjak kembali, ke arah 1.3230.

Senario alternatif

Untuk mengekalkan mood menaik, mengukuhkan sebut harga di atas tahap 1.3350.

Cadangan perdagangan untuk pasangan mata wang GBP/USD pada 28 Ogos 2020

Analisis indikator

Melihat carta masa (TF) yang berbeza, kita dapat melihat bahawa indikator pada minit, setiap jam dan harian memberi isyarat membeli ekoran daripada harga bergerak melepasi paras tinggi tempatan.

Cadangan perdagangan untuk pasangan mata wang GBP/USD pada 28 Ogos 2020

Volatiliti mingguan / Pengukuran volatiliti: Bulan; Suku; Tahun

Volatiliti dinilai berbanding dengan turun naik purata harian, yang dikira setiap Bulan / Suku / Tahun.

(Dinamik pada 28 Ogos dihitung, dengan mengambil kira masa artikel ini diterbitkan)

Volatiliti adalah 103 mata hari ini, yang secara praktikalnya adalah tahap purata. Sekiranya dinamik secara terus diprovokasi oleh spekulasi, aktiviti dapat meningkat di pasaran.

Cadangan perdagangan untuk pasangan mata wang GBP/USD pada 28 Ogos 2020

Tahap utama

Zon rintangan: 1.3300 **; 1.3600; 1.3850; 1.4000 ***; 1.4350 **.

Zon sokongan: 1.3200; 1.3000 ***; 1.2885 *; 1.2770 **; 1.2620; 1.2500; 1.2350 **; 1.2250; 1.2150 **; 1.2000 *** (1.1957); 1.1850; 1.1660; 1.1450 (1.1411); 1.1300; 1.1000; 1.0800; 1.0500; 1.0000.

* Tahap berkala

** Tahap julat

*** Tahap psikologi

Lihat juga cadangan perdagangan ringkas untuk pasangan mata wang EUR/USD dan GBP/USD di sini.

*Analisis pasaran yang dipaparkan di sini hanya bertujuan untuk meningkatkan kesedaran anda, tetapi bukan sebagai petunjuk untuk anda melakukan perdagangan
Pergi ke senarai artikel Pergi ke artikel pengarang ini Buka akaun dagangan