logo

FX.co ★ Analisis Gelombang Emas untuk 29 Januari, 2013

Analisis Gelombang Emas untuk 29 Januari, 2013

Analisis Gelombang Emas untuk 29 Januari, 2013

Gelombang Elliott Emas
Sebagaimana analisis terakhir kami mengenai emas adalah dagangan arah atas seperti yang telah kita jangkakan, membangunkan gelombang pembetulan (B)(warna hijau) gelombang yang lebih besar (Y)(berwarna merah). Semalam semasa sesi awal Asia kita boleh melihat pergerakkan menurun ke arah tahap 1.651.91 dan kita boleh mengambil kira pergerakkan ini sebagai pengakhiran bagi gelombang impulsif 5(berwarna biru) gelombang yang lebih besar (A)(berwarna hijau). Oleh kerana itu, semasa sesi Eropah dan New York komoditi ini tidak berjaya untuk mengukuh ditahap ini dan harga mula melonjak ke tahap yang lebih tinggi dan mencapai tahap 1.662.36. Kini, Emas sedang menguji tahap 1.664.70 dan kami menjangkakan akan melihat harga ke tahap lebih tinggi pada hari ini sebelum gelombang akhir (C) bermula. Selaras dengan peraturan gelombang kita dan mengambil kira bahawa gelombang C perlu menjejaki semula 100% daripada gelombang A, kita boleh menentukan sasaran yang berpotensi dengan mengukur gelombang A dengan mengambil keuntungan pada 1.629.66 (100% gelombang A). Untuk mengurangkan risiko, kita boleh menggunakan tahap rintangan pada 1.680.00 sebagai stop loss.

Sokongan dan Rintangan
(S3) 1,638.5 (S2) 1,644.8 (S1) 1,649.1 (PP) 1,655.4 (R1) 1,659.7 (R2) 1,666.0 (R3) 1,670.3

Ramalan Dagangan
Prosiding daripada peraturan gelombang Elliott pada hari ini, arah aliran dijangkakan akan memulakan pergerakkan menurun. Itulah sebabnya kedudukan jual berada pada tahap 1.674.44 dengan kedudukan stop loss di tahap 1.680.00 dan take profit pada tahap 1.629.66 adalah di cadangkan.

*Analisis pasaran yang dipaparkan di sini hanya bertujuan untuk meningkatkan kesedaran anda, tetapi bukan sebagai petunjuk untuk anda melakukan perdagangan
Pergi ke senarai artikel Buka akaun dagangan