logo

FX.co ★ Analisis Teknikal Bagi Urusniaga Harian GBP/USD dan Cadangan Dagangan untuk 29 Januari, 2013

Analisis Teknikal Bagi Urusniaga Harian GBP/USD dan Cadangan Dagangan untuk 29 Januari, 2013

Analisis Teknikal Bagi Urusniaga Harian GBP/USD dan Cadangan Dagangan untuk 29 Januari, 2013

Pasangan mata wang GBP/USD telah memulakan dagangan di tahun baru dengan pergerakkan kenaikkan harga yang tajam di atas tahap 1.6300. Sepertimana yang kita lihat pada carta harian, penolakan harga yang terakhir telah menunjukkan tindakan penurunan harga yang ketara sekaligus menyatakan penembusan yang salah di atas tahap 1.6300 telah mewujudkan zon rintangan yang ketara.

Adalah penting untuk dinyatakan bahawa pasangan mata wang ini telah menembusi garisan arah aliran menaik pada jangka panjang untuk memebolehkan pasangan mata wang tersebut mencapai di sekitar tahap 1.6000.

Pasangan mata wang itu telah terperangkap di dalam julat yang sempit di antara tahap 1.5800-1.5890 selepas ia melepasi tahap sokongan sementara pada tahap psikologi 1.5800. Walau bagaimanapun, breakout penurunan harga yang berlaku pada minggu lepas telah membuka jalan ke arah sasaran unjuran di sekitar tahap 1.5725 telah dicapai semalam.

Pasangan mata wang kekal berada di bawah tekanan JUALAN yang kuat, selagi percubaan pemulihan dari zon 1.5680 gagal untuk menolak pasangan mata wang ke atas tahap 1.5750. pada minggu ini, dagangan akan bermula dengan kelemahan yang nyata, walaupun penutupan pasaran mingguan berada sedikit di atas 1.5800; jurang mingguan ditambah lagi dengan dominasi penurunan harga yang pada awalnya telah meletakkan sasaran di tahap 1.5700.

Penyatuan Ringkas disekitar tahap 1.5700 telah dijangkakan, sebagaimana petunjuk telah memasuki wilayah oversold.

Secara teorinya, pasangan mata wang ini telah mengesahkan corak giant "double-top" yang meletakkan sasaran di tahap 1.5350 selagi pasangan mata wang tersebut mengukuh dibawah neck-line disekitar tahap 1.5830.

*Analisis pasaran yang dipaparkan di sini hanya bertujuan untuk meningkatkan kesedaran anda, tetapi bukan sebagai petunjuk untuk anda melakukan perdagangan
Pergi ke senarai artikel Pergi ke artikel pengarang ini Buka akaun dagangan