
Pasangan mata wang USD/CAD telah berdagang dengan pergerakkan menaik yang ketara pada minggu lalu di atas halangan psikologi pada tahap 1.0000. Pergerakkan arah atas mungkin akan berlanjutan sepanjang minggu ini ke arah zon 1.0150 - 1.0235 dan kecenderungan pergerakkan kenaikkan harga kekal sah kecuali apabila zon pada tahap 0.9920 - 0.9960 telah ditembusi.
Julat dagangan untuk minggu ini dijangkakan akan berada di antara tahap sokongan utama 0.9900 dan tahap rintangan utama sekitar 1.0240.
Tindakan penurunan harga yang ketara kelihatan disekitar tahap harga 1.0100 yang mana telah dinyatakan di dalam inverted "hanging-man" pada cartalilin harian menunjukkan petunjuk awal bahawa momentum kenaikkan harga mungkin telah berkurangan. Seperti yang digambarkan pada kedudukan beli MERAH pada cartalilin harian hari Selasa.
Zon harga pada tahap 1.0000 telah menghasilkan sokongan urusniaga harian semalam. Walau bagaimanapun, tiada momentum kenaikkan harga kelihatan dalam pasaran, seperti yang kita lihat, penutupan harga harian untuk hari semalam berada pada tahap 1.0013 selepas merekodkan tahap tinggi pada 1.0052.
Sokongan: 1.0010, 0.9960, 0.9915, dan 0.9830.
Rintangan: 1.0050, 1.0120, 1.0155, 1.0205, dan 1.0270
Cadangan:
Berdasarkan pada carta dan analisis di atas, pendapat terbaik adalah perhatikan tindakan harga di sekitar tahap 1.0100 - 1.0150 untuk mengambil risiko JUAL yang rendah.
Kedudukan beli bagi pasangan mata wang ini disyorkan di atas tahap 0.9920 dengan meletakkan sasaran pada tahap 0.9970, 1.0120, 1.0205 dan penutupan SL di bawah 4H pada tahap 0.9900.
