EUR/USD: Pasangan mata wang EUR/USD bergerak arah atas dalam arah aliran menaik yang ketara pada minggu ini - melebihi daripada 130 pip. EMA 11 kini berada di atas EMA 56, sebagaimana Julat Peratusan Williams kekal berada di wilayah overbought. Sasaran harga yang seterusnya harus diletakkan pada garis rintangan di tahap 1.3600.

USD/CHF: Pasangan mata wang USD/CHF terus bergerak ke arah graviti. EMA 11 kini berada di bawah EMA 56, sebagaimana Julat Peratusan Williams kekal berada di wilayah oversold. Sasaran harga yang seterusnya perlu diletakkan pada tahap sokongan 0.9050.

GBP/USD: Ia kelihatan seperti pasangan mata wang GBP/USD telah menolak sepenuhnya mana-mana senario penurunan harga yang selanjutnya. Ini bukanlah sesuatu yang menghairankan apabila pasangan mata wang ini perlu mencari jalan untuk berkait rapat secara positif dengan rakan sejawatannya EUR/USD. Harga akhirnya telah menembusi EMA 56 untuk pergerakkan menaik, dan tempoh RSI 14 juga telah melepasi tahap 50 untuk pergerakkan arah atas. Sebaik sahaja EMA 11 menunjukkan kepalanya di atas EMA 56 (sesuatu yang dijangkakan serius), saya mengharapkan bahawa kedudukan beli boleh diambil.

USD/JPY: Prospek kenaikkan harga terus mengukuh di sini. Harga terus berada di atas EMA 56 dan tempoh RSI 14 masih berada di atas tahap 50. Harga kini telah melebihi tahap 91.00. Sasaran harga yang seterusnya harus diletakkan pada tahap bekalan 91.50.

EUR/JPY: Seperti yang telah diramalkan sebelum ini, cross EUR/JPY telah bergerak ke arah atas sebanyak 180 pip pada minggu ini. Arah aliran kenaikkan harga adalah sangat kuat: zon harga pada tahap 124.00 kini di bawah pengepungan. Ia harus ditembusi untuk pergerakkan menaik, sasaran seterusnya akan diletakkan pada zon bekalan di tahap 124.50.

