_source!.png)
Emas sedang menguji sokongan pertengahan saluran penurunan harga sederhana panjang pada tahap 1.645 mencadangkan lantunan semula. Walau bagaimanapun, penembusan pada tahap ini akan membebaskan potensi yang besar dan mencapai had saluran yang lebih rendah pada tahap 1.597.
Petunjuk teknikal menunjukkan isyarat menjual, tetapi selagi tahap sokongan masih belum ditembusi, andaian lantunan semula adalah yang paling mungkin. Bollinger band yang telah banyak mengukuh untuk beberapa hari kebelakangan ini menunjukkan penurunan dalam volatiliti dan kesegeraan pergerakan pantas.
Emas sedang menguji tahap sokongan pada saluran pertengahan, kami mencadangkan 2 senario. Yang pertama adalah hipotesis lantunan semula di mana kami mencadangkan beli pada tahap 1.645 dengan objektif 1 pada tahap 1.655 dan kemudian di tahap 1.658. Penembusan di tahap 1.642 akan membatalkan senario ini. Senario kedua pula adalah penembusan pada tahap sokongan di mana kami menasihati agar "sell stop" yang bermaksud jual emas dengan seberapa segera kerana ia telah menembusi tahap sokongan pada 1.645 dengan objektif 1 pada tahap 1.635 dan kemudian pada 1.632. Penembusan di tahap 1.648 akan membatalkan senario ini.
