logo

FX.co ★ Strategi Harian Bagi USD/JPY

Strategi Harian Bagi USD/JPY

Strategi Harian Bagi USD/JPY

<p style="text-align:justify;Arial" ,"sans-serif";"=""> Kadar spot sedang menguji had atas saluran kenaikkan harga sederhana panjang pada tahap 92.30 mencadangkan penurunan. Walau bagaimanapun, penembusan pada tahap ini akan memulakan saluran kenaikan harga yang lebih pantas.

Petunjuk teknikal menunjukkan isyarat beli, tetapi selagi tahap rintangan masih belum ditembusi andaian penurunan adalah yang paling mungkin. Bollinger band yang telah banyak mengukuh untuk beberapa hari kebelakangan ini menunjukkan penurunan dalam volatiliti dan kesegeraan pergerakan pantas.

Kadar semerta menghampiri had atas saluran, kami mencadangkan 2 senario. Yang pertama adalah hipotesis penurunan di mana kami mencadangkan jual pada tahap 92.30 dengan objektif 1 pada tahap 91.70 dan kemudian pada tahap 91.50. Penembusan di tahap 92.50 akan membatalkan senario ini. Senario kedua pula adalah penembusan pada tahap rintangan di mana kami menasihati agar "buy stop" yang bermaksud beli kadar spot dengan seberapa segera kerana ia telah menembusi tahap rintangan pada 92.30 dengan objektif 1 pada 92.90 dan kemudian di tahap 93.10. Penembusan di tahap 92.10 akan membatalkan senario ini.

*Analisis pasaran yang dipaparkan di sini hanya bertujuan untuk meningkatkan kesedaran anda, tetapi bukan sebagai petunjuk untuk anda melakukan perdagangan
Pergi ke senarai artikel Buka akaun dagangan