logo

FX.co ★ Analisis Teknikal Bagi EUR/USD pada 4 Februari, 2013

Analisis Teknikal Bagi EUR/USD pada 4 Februari, 2013

Analisis Teknikal Bagi EUR/USD pada 4 Februari, 2013

HURAIAN:

Sepertimana Dow telah mencecah dan menembusi pada tahap 14.000; maka, pasangan mata wang EUR/USD telah merekodkan tahap tinggi baru 52 minggu. Namun begitu, selepas ia merekodkan tahap tinggi baru 52 minggu, pasangan mata wang EUR/USD telah memulakan pergerakan arah bawah. Sebagaimana penembusan di tahap 1.3525 pada 30 Januari 2013, pasangan ini perlu bergerak hingga ke tahap 1.3725 pada hari ini. Sekiranya pasangan mata wang ini gagal, maka, momentum kenaikkan harga bagi pasangan mata wang ini akan mengukuh. Mungkin selepas Mesyuarat ECB, pasangan mata wang ini akan meneruskan atau mencari haluan baru untuk pasangan EUR/USD. Buat masa sekarang, pasangan EUR/USD ini telah terperangkap di antara tahap 1.3600 (sokongan) dan 1.3700 (rintangan).

Cadangan:

Tidak terdapat sebarang cadangan untuk hari ini.

Yang Benar,
Arief Makmur
Penganalisis Rasmi Kumpulan Syarikat InstaForex
Kumpulan Syarikat InstaForex
https://instaforex.com
E-mail: Arief.jakarta@indo.instaforex.com

Disclaimer:

Dagangan Forex (pertukaran asing) pada margin membawa ke tahap risiko yang tinggi, dan mungkin tidak sesuai untuk kesemua pelabur. Tahap leverage yang tinggi juga boleh digunakan untuk dagangan anda. Sebelum membuat keputusan untuk melabur di dalam pertukaran mata wang asing, anda perlu berhati-hati mempertimbangkan objektif pelaburan anda, tahap pengalaman, dan keinginan mengambil risiko. Terdapat kemungkinan bahawa anda akan kehilangan sebahagian atau kesemua pelaburan awal anda dan oleh kerana itu anda seharusnya tidak melabur wang sekiranya anda tidak sanggup untuk menanggung rugi. Anda harus berhati-hati dengan segala risiko yang berkaitan dengan dagangan pertukaran asing, dan sila dapatkan nasihat daripada penasihat kewangan sendiri sekiranya anda mempunyai sebarang keraguan.

*Analisis pasaran yang dipaparkan di sini hanya bertujuan untuk meningkatkan kesedaran anda, tetapi bukan sebagai petunjuk untuk anda melakukan perdagangan
Pergi ke senarai artikel Pergi ke artikel pengarang ini Buka akaun dagangan