logo

FX.co ★ Emas Analisis untuk 6 Februari 2013

Emas Analisis untuk 6 Februari 2013

Emas Analisis untuk 6 Februari 2013

Emas Gelombang Elliott
Untuk beberapa hari yang lepas Emas didagangkan dalam pergerakkan arah tepi,gelombang pembetulan (B)(warna hijau) daripada gelombang besar (y)(warna merah) sedang membentuk.Semalam,ketika sesi Eropah kita dapat perhatikan pergerakkan menurun yang kuat daripada 1,685.08 ke arah 1,666.54 dan kita boleh mengambil kira pergerakkan ini sebagai pengakhiran bagi gelombang impulsif 1 (warna biru) daripada gelombang besar (C)(warna hijau).Oleh itu,ketika sesi New York komoditi ini tidak berjaya untuk bertahan pada tahap ini dan harga berganjak kembali kepada tahap 1,674.93 dimana gelombang 2 (warna biru) berakhir.Pada ketika ini emas didagangkan sekitar tahap 1,670 dan kami menjangkakan untuk melihat harga bawah tahap 1,645.00 tidak lama lagi.Menurut kepada peraturan gelombang dan mengambil kira bahawa gelombang 3 perlu berganjak 161.8% daripada gelombang 1,kita boleh menggunakan sasaran berpotensi dengan mengukur gelombang 1 dengan take profit pada 1,644.79 (161.8% daripada gelombang 1).Untuk mengurangkan risiko,kita boleh menggunakan pembatalan pada 1,685.25 sebagai stop loss.

Sokongan dan Rintangan
(S3) 1645.3 (S2) 1656.3 (S1) 1665.1 (PP) 1676.1 (R1) 1684.9 (R2) 1695.9 (R3) 1704.7

Ramalan Perdagangan
Diteruskan daripada peraturan Gelombang Elliott hari ini,aliran dijangkakan untuk memulakan pergerakkan menurun.Inilah sebab mengapa posisi jual pada tahap 1,668.00 dengan stop loss 1,685.25 dan take profit pada 1,644.79 adalah dicadangkan.

*Analisis pasaran yang dipaparkan di sini hanya bertujuan untuk meningkatkan kesedaran anda, tetapi bukan sebagai petunjuk untuk anda melakukan perdagangan
Pergi ke senarai artikel Buka akaun dagangan