logo

FX.co ★ Analisis dan cadangan perdagangan pasangan mata wang EUR/USD dan GBP/USD pada 28 Oktober, 2020

Analisis dan cadangan perdagangan pasangan mata wang EUR/USD dan GBP/USD pada 28 Oktober, 2020

Analisis transaksi pasangan mata wang EUR/USD

Semalam bukan hari terbaik bagi pedagang mata wang Eropah, kerana urus niaga hanya membawa kepada kerugian, dan pasangan mata wang ini bahkan tidak menuju ke mana-mana sehingga penghujung hari. Walaupun demikian, tekanan tetap berlaku ke atas euro, yang menunjukkan bahawa lebih baik membuka pesanan penjualan di pasaran.

Analisis dan cadangan perdagangan pasangan mata wang EUR/USD dan GBP/USD pada 28 Oktober, 2020

Cadangan perdagangan untuk 28 Oktober

Laporan kemarin mengenai keyakinan pengguna Amerika Syarikat (AS), yang menurun di tengah-tengah pandemik coronavirus, meningkatkan tekanan ke atas pasangan mata wang EUR/USD. Kemudian, pengumuman Trump bahawa beliau akan menandatangani program bantuan baru apabila memenangi pilihan raya telah menyebabkan permintaan tambahan untuk mata wang Dolar AS.

Analisis dan cadangan perdagangan pasangan mata wang EUR/USD dan GBP/USD pada 28 Oktober, 2020

  • Adalah disarankan kepada para pedagang untuk mengambil pesanan membeli apabila euro mencapai tahap 1.1793 (garis hijau pada carta), dan kemudian menetapkan pesanan Take Profit pada tahap 1.1846.
  • Adalah disarankan kepada para pedagang untuk mengambil pesanan menjual apabila euro mencapai tahap 1.1767 (garis merah pada carta, dan kemudian menetapkan pesanan Take Profit sekitar tahap 1.1721. Berita buruk mengenai Brexit akan mendorong penurunan euro ke tahap lebih rendah.

Analisis transaksi pasangan mata wang GBP/USD

Pound terus diniagakan di saluran mendatar semalam, oleh yang demikian, pesanan penjualan dari tahap 1.3011 merekodkan kerugian. Sementara itu, pesanan pembelian dari tahap 1.3045 memberikan keuntungan, namun tidak lebih dari 20 pips.

Analisis dan cadangan perdagangan pasangan mata wang EUR/USD dan GBP/USD pada 28 Oktober, 2020

Cadangan perdagangan untuk 28 Oktober

Oleh kerana tidak ada laporan ekonomi yang dijadualkan akan dikeluarkan pada hari ini, perhatian pedagang akan tertumpu kepada rundingan pusingan berikutnya di antara UK dan EU mengenai perjanjian perdagangan pasca-Brexit yang telah lama dipertikaikan. Berita baik mengenainya akan membawa gelombang pertumbuhan baru pound Britain, sedangkan berita buruk boleh menyebabkan penurunan pada pasangan mata wang GBP/USD.

Analisis dan cadangan perdagangan pasangan mata wang EUR/USD dan GBP/USD pada 28 Oktober, 2020

  • Adalah disarankan kepada para pedagang untuk mengambil pesanan membeli apabila harga menembusi tahap 1.3045 (garis hijau pada carta), dan kemudian menetapkan pesanan Take Profit pada tahap 1.3140 (garis hijau lebih tebal pada carta).
  • Adalah disarankan kepada para pedagang untuk mengambil pesanan menjual apabila harga menembusi tahap 1.3016 (garis merah pada carta), dan kemudian menetapkan pesanan Take Profit pada tahap 1.2935. Berita buruk mengenai Brexit akan meneruskan kesinambungan trend menurun pada pasangan mata wang GBP/USD.



*Analisis pasaran yang dipaparkan di sini hanya bertujuan untuk meningkatkan kesedaran anda, tetapi bukan sebagai petunjuk untuk anda melakukan perdagangan
Pergi ke senarai artikel Pergi ke artikel pengarang ini Buka akaun dagangan