Analisis urus niaga dalam pasangan mata wang EUR/USD
Euro diniagakan jatuh di pasaran semalam setelah ECB mengisyaratkan kemungkinan dasar monetari yang lebih perlahaan pada bulan Disember. Ini menyebabkan harga turun 70 pips dari 1.1738.
Cadangan perdagangan untuk 30 Oktober
Sejumlah laporan ekonomi dijadualkan untuk dikeluarkan hari ini, namun kemungkinan besar mereka akan mendedahkan data negatif untuk Eropah. Oleh kerana itu, kedudukan jual dijangka lebih menguntungkan dalam pasangan maat wang EUR/USD pada waktu pagi.
Tetapi kemudian pada waktu petang, laporan mengenai ekonomi AS boleh menyebabkan penutupan posisi dagangan menjual di pasaran, dan hal itu akan membatasi potensi penurunan mata wang Eropah.

- Membuka posisi dagangan membeli ketika euro mencapai harga 1.1706 (garis hijau pada carta), dan kemudian ambil keuntungan pada tahap 1.1668.
- Membuka posisi dagangan menjual ketika euro mencapai harga 1.1671 (garis merah pada carta, dan kemudian ambil keuntungan di sekitar tahap 1.1598. Perlambatan pertumbuhan ekonomi dan inflasi akan memberi tekanan kepada mata wang Eropah.
Analisis urus niaga dalam pasangan mata wang GBP/USD
Ketidakpastian mengenai perjanjian perdagangan UK-EU terus menggegarkan pasaran. Oleh itu, kedudukan panjang mengalami kerugian semalam. Bagi posisi dagangan menjual, penjualan dari 1.2982 mengimbangi kekalahan itu, kerana pasangan itu bergerak 60 pips turun kerana itu.

Cadangan perdagangan untuk 30 Oktober
Yang sangat penting masih merupakan rundingan Brexit yang sedang berlangsung, di mana berita baik akan membawa kepada gelombang pertumbuhan baru pasangan mata wang GBP/USD, sementara berita buruk akan menyebabkan penurunan pound Britain.

- Membuka posisi dagangan membeli apabila sebut harga mencapai tahap 1.2920 (garis hijau pada carta), dan kemudian ambil keuntungan sekitar tahap 1.2982 (garis hijau yang lebih tebal pada carta).
- Membuka posisi dagangan menjual apabila sebut harga mencapai tahap 1.2896 (garis merah pada carta), dan kemudian ambil keuntungan sekurang-kurangnya pada tahap 1.2852. Berita buruk mengenai Brexit akan meneruskan aliran menurun dalam pasangan mata wang GBP/USD.
