Euro didagangkan di tahap 1.3543 pada pagi ini semasa sesi Amerika. Kami telah menarik garis dari tahap rendah 1.30, mengunjurkan arah aliran menaik. Pasangan mata wang ini kini berdagang di atas garisan ini. Euro telah mencuba sebanyak tiga kali untuk menembusi saluran ini untuk pagi ini. Sekiranya anda melihat pada carta di bawah, petunjuk momentum menunjukkan isyarat penurunan harga, yang mana ia akan disahkan apabila pasangan mata wang ini telah menembusi pada garisan arah aliran tersebut. Maka, kami mencadangkan jual di bawah 1.3485, kerana pada tahap tersebut terdapat fraktal harian, dan sekiranya mata wang euro metutup di bawah tahap ini pada hari ini, maka, ia adalah berkemungkinan bahawa untuk beberapa hari yang akan datang, akan terdapat pembetulan di tahap 1.3250, fraktal seterusnya . Oleh itu, kami mencadangkan jual bagi pasangan mata wang ini sekiranya syarat-syarat telah dipenuhi.
Sekiranya anda memerlukan rundingan peribadi, sila hubungisaya melaui e-mail: gerardo.porras@analytics.instaforex.com

